Sabtu, 28 April 2012

ROTI GORENG BREAD CRUMBS




 Salam malam minggu, 
selamat beristirehat untuk esok dan bersantai bersama family tersayang..
Resepi simple aje ni, bahan doh masih sama dengan Sosej Roll yang saya buat hari tu, cuma gentel ikut suka je, janji tercapai niat untuk dijadikan roti goreng yang ada salutan bread crumbs..

 


Roti Goreng Bread Crumbs
Resepi asal:Roti AsasManis
Oleh:Sa’adiah Mohamad  (Buku Aneka Roti)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
200gm tepung berprotein tinggi
20gm marjerin cair
1 biji telur

Bahan (A) dilarutkan
30gm gula kastor
3gm yis
20ml susu sgar
Sedikit air suam

Bahan (B) disatukan
1 biji telur
2 sudu besar susu segar

Cara membuat:
1.Ayak  tepung berprotein tinggi, tepung gandum dan garam da lam mangkuk adunan.Masukkan marjerin dan telur.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Tuangkan bahan (A).Uli doh hingga lembut dan kenyal.Biarkan doh ini naik dua kali ganda selama satu jam.
3.Canaikan doh ini sekali lagi.Kemudian bentuk mengikut citarasa.Aturkan doh ini dalam dulang yang digris(supaya tidak melekat).Biarkan doh naik kali kedua selama 40 minit.
4.Celupkan doh ke dalam bancuhan susu dan telur, kemudian terus golekkan ke dalam bread crumbs hingga rata.
5.Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan.Toskan
6.Hidangkan bersama sos dan mayonis.













4 ulasan :

Qasey Honey berkata...

wah nmpk mnarik roti goreng tu...bleh cuba nti ni...

ijayuji berkata...

Salam kak, sedap roti di salut bread crumbs nii, mmg lain rasa dia tp tu lerr benda goreng2 ni lemah sikit :D tp suke nk makan ehehehe..

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rohah,akak dah baca satu persatu macam sedap je teringin lah nak buat tunggu mood rajin sikit hehee

dZana berkata...

cantik.. warna kuning breadcrumb ni.. akk beli warna pucat jer.. mcm tak membangkit selera.. salut dgn adunan roti rupanya.. gud idea.. klau dlm tu boh sosej anak2 lagi suke..