Ahad, 8 April 2012

BINGKA SUJI






Selamat bermalam minggu......
ahaaa..malam ni nk kongsi rasa kuih bingka suji yg cukup2 enak yang sy dapatkan sumber resepinya dari AlongRoz.Dibuat untuk menu sarapan pagi tadi.Mantap rasanya resepi ni dari semua sudut, memang kena dengan selera tekak saya.Tq untuk pemilik asal resepinya iaitu Jo's Deli Bakery  dan juga buat AlongRoz sekali lagi...




BINGKA SUJI
Source:Jo's Deli Bakery (ubah suai sedikit)

Bahan-bahan:(saiz8" bulat)-saya guna loyang saiz 7"
3 biji telur
110gm gula pasir
160gm suji
250ml santan pekat
1 sudu kecil pandan paste (saya tambahkan sedikit pewarna hijau)
1/4 tsp garam
435ml  air
90gm butter
30gm tepung gandum
Bijan secukupnya (saya tambah item ni)

Cara menyediakan:
1.Pukul gula dan telur sehingga hancur.(saya blend).Masukkan kedalam periuk dan campurkan suji, santan, pandan paste, garam dan air.
2.Masak dengan api sederhana sehingga pekat seperti bubur.Tutup api dan campurkan butter dan tepung sehingga sebati.
3.Tuangkan ke dalam tin yang diminyakkan dan bakar 190 darjah celcius selama sejam.Gunakan function "grill" untuk 5 minit terakhir untuk extra garing.
4.Sejukkan sebelum dipotong.




13 ulasan :

Amie berkata...

Assalamualaikum Rohah,
saya kalau makan kuih bingka memang cepat kenyang, mungkin sebab teksturnya yang padat gitu.

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Nak cikit bingka tu.. Bagi Naz yg bahagian ada kerak2 eh! Lawa lah pinggan hidang tu.. Siap ada anak2nya sekali tu...

Rohah berkata...

waalaikumussalam Amie..
betul Amie, cepat kenyang n cepat juga nak ulang2..hehe (sayalah tu)

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Nadz,
Bingka dah habis di mamam Nadz, selamat sudah..
Tang pinggan tu kira had yg murah2 punyer..mmg suka cari yg gitu..

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Datang lagi ni. Tq atas ucapan tahniah di blog tu ye..

Rohah berkata...

Same2 Nadz..

CT Delima berkata...

As'salam Rohah

kuih lama2 macam ni fav k.ct, lagilah nampak sedap dengan kerak2 yang tebal tu. berebut2 kalau zaman anak2 dulu bila arwah mak buat yang itulah habis dulu..hehehe.

zila 4ever berkata...

salam rohah
wahhh dah buat erk..kita suka kerak2 jgk mcm kak ct..ada lg x nie.?he hehe

izahdaut berkata...

tak pernah lagi try bingka sujii...tapi pernah buat talam suji. mmg mabeles rasanya. kalau dibingkakan mesti lagi sedapkan..

Rohah berkata...

waalaikumussalam zila,
ngidam sesangat bingka suji tu,alhamdulillah menjadi pulaknya..sedap sgt.ehee..suke kerak juga ye..tp dah abis dibalun.Ni tgh buat bingka suji lagi ni, tgh dibakar dlm oven..tunggu..

Rohah berkata...

Apa tunggu lg Izah..
mmg mabeles sesangat, yok buat..

alinaeiyna berkata...

salam klo kukus x sesuai ke ye..mn tau klo yg nk buat tu xde pembakar

Rohah berkata...

waalaikumussalam Alina,
belum pernah cuba mengukus, so tak berani nk bagi kepastian..