Khamis, 12 April 2012

SOSEJ BLOSSOM BUN




Salam semua...
Semenjak dua menjak ni syok pulak saya meroti.Ramai sudah rakan2  diluar sana yang mencuba roti hasil kekreatifan Mat Gebu@ DTS ni.Lembut je menyantapnya.Yang penting anak-anak ana suka nak makan.Sekejap je licin...Untuk step buat bentuk roti ni boleh juga lihat kat blog DTS, di sini ye..


SOSEJ BLOSSOM BUN
Sumber:Mat Gebu

Bahan-bahan:
250gm tepung roti (high protein flour)
50gm gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6gm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam
10 batang sosej | celur sekejap, tos & sejukkan
Mayonaise secukupnya
Sos cili/sos tomato secukupnya
Mix vege secukupnya

Cara menyediakan:
Untuk Doh:
1.Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.Satukan semua bahan lain kecuali mentega,masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).Bulatkan doh letakkan dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
Kaedah Lain:Satukan semua bahan -bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing-masing).
2.Keluarkan doh, tumbuk untuk membuangkan udara.Bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50gm setiap satu).Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
3.Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahgaian keluar hingga keratan terakhir ditolak ke tengah-tengah bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.Tekan sedikit biar kelihatan kemasAlih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.Jarakkan antara satu sama lain.Buat hingga siap.Perap 45 minit.
4.Sapu dengan baki telur tadi (30gm rata-rata).Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise.Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama 20-25 minit.Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

nota rohaisha:saya taburkan sedikit tepung sekiranya adunan roti masih lembik.


18 ulasan :

Qasey Honey berkata...

asslm Rohah...sedap tgk roti tu..bunga lagi...mcm yg dbeli kat kedai aje...bestkan bile buat sendiri...dpt mkn puas2 roti tu...nti QH nk cuba jugak la...

Rohah berkata...

Waalaikumussalam.
Seronok bercuti QS?..Tak tahan nengok roti ni kat dapur kengkawan,so cuba jugalah.Lembut tau,kalah kat kedai..ekehkeh..(gurau aje).Lepas ni QH bolehlah try pulak..

rahel berkata...

Cantek jer kejadiannya sosej blossom bun tu Kak Rohah...teringin gak nak mencubanya..pasti enak banget kan..

zila 4ever berkata...

salam rohah
rajinnye..bak mai seketul..x sarapan lg nie..kita x pernah lg nk mencuba buat..tunggu sampai seru..:)

Rohah berkata...

alhamdulillah Rahel...teleng kepala juga nk memusingkan setiap kelopak roti tu,tp seronok arr..

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Zila,
dah licin roti ni,sekejap je dah kena balun.Mood meroti tgh melanda..tu yg syok meroti je..ada 1 lg menu roti yg menuggu giliran utk ditayangkan x lama lagi..hehe

quinnie berkata...

salm kenal rohah...dah lama betul saya tak makan bun cam gini...bila la nak dtg rajinnya..hehhehe..malas betul nak tunggu doh naik kalau musim hujan ni...:)

Rohah berkata...

Waalaikumussalam..
Tq, salam dah bertaut..ni tgh rajin punya pasal quinnie,tu yg gagah semacam je,dah tak kira ujan ke..hi2

izahdaut berkata...

mmg best roti ni... :-)

Bicara Kak Noor berkata...

sedap nye nampak pun dah tau mesti lembut gebu dan debus ni kan Rohah..

Rohah berkata...

Nampak Izah dah buat ari tu..mmg bestkan...

Rohah berkata...

lembut kak roti nie,kira gebuslah kan..jomlah buat kak Noor..

Nieza berkata...

salam kunjung balas..tq sudi singgah my blog. sedap roti CMG ni saya pun dah byk kali buat bun sosej ni.

hana berkata...

geramnyer kalau nengok roti... macam nak geget lappy

HaSue berkata...

salam rohah..
rajinnya meroti..nmpk gebus gebas!

Rohah berkata...

Tq Nieza,
salam bersambut...
mmg terbaik roTi ni kan..

Rohah berkata...

Ehehe Hana,
janganlah geget lappy,nti takleh berblog..ekehkeh

Rohah berkata...

waalaikumussalam HaSue,
Terajin sudah minggu nie,apa pun layan je semangat yg tgh membara nie..