Salam mahabbah,
Bersiaran lagi...
Untuk kali keduanya saya buat Mihun Goreng Taucu.Sesimple2 resepi ikut bahan yang ada kat dapur je...jom jalan terus kat resepi..
MIHUN GORENG TAUCU
oleh:rohaisha
Bahan-bahan:
300gm bihun | direndam dengan air suam selama 1 jam & toskan
3 ekor sotong | potong kecil
½ labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
Sawi secukupnya| potong pendek
4 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
½ cawan air (bergantung pada jenis mihun)
Gula secukup rasa
*saya tak bubuh garam sebab masinnya mencukupi
Bahan taburan:
Cili hijau
Daun bawang
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
10-15gm ikan bilis
5 tangkai cili kering | buang biji
Cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik minyak sedikit.Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair taucu, sotong dan gula.Biarkan seketika.
2.Masukkan air dan biarkan mereneh sebentar.Selepas itu barulah dimasukkan bihun dan sawi.Kacau sebati hingga bihun lembut.
3.Angkat bihun setelah benar-benar masak.
4.Hidangkan bersama hirisan cili hijau dan daun bawang.
2 ulasan :
asslm Rohah...sedap tgk mee goreng tu...nk sikit tp nk lebih yer sotong tu...hehe
As'salam Rohah ...
Huishhhh ... menariknya bihun Rohah tuu
Catat Ulasan