Selasa, 3 April 2012

UDANG MASALA



Assalamualaikum..
Salam petang Selasa..apa menu rakan2 di luar sana?Hari ni menu saya hanya sup ayam simple je, tapi yang masuk N3 hari ni Udang Masala pulaklah erk..Dah seminggu lebih pic ni memerap dalam lappy coz tak berkeizinan untuk cepat disiarkan..Tq buat Chef Hanieliza atas keenakan & kelazatan resepi udangnya ini.Apapun tq bebanyak buat Inahar's kerana sudi panjang2kan resepi ini yang juga boleh di dapati di dapur K.Ummi untuk penggemar udang di luar sana.



UDANG MASALA
Resepi:Chef Hanieliza
Sumber:Inahar’s

Bahan A:
500gm udang | dibersihkan
2 biji tomato | dibelah 4 @ 6 (saya tak guna)
3 tangkai daun kari
½ cawan yogurt asli (saya guna 1 cawan)
2 tangkai cili merah | dihiris serong
2 tangkai cili hijau | dihiris serong
2 sudu kecil serbuk cili

Bahan B: (kisar)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu besar jintan putih | kisar kering
1 sudu besar jintan manis | kisar kering
1 sudu besar lada putih | kisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara –cara:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
2.Masukkan udang dan tomato.Kemudian kacau rata.(Tambah air sekiranya perlu)
3.Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau.Kacau sebentar dan tutup api.
4.Sedia dihidangkan.





7 ulasan :

zila 4ever berkata...

salam rohah
x boleh nk mintak la nie..tentu dah abis licin..sedapkan mkn udang..ratah2 gitew jer..:)

Rohah berkata...

waalaikumussalam k.Zila..hik2 pandai akak teka..mmg dah jadi baca kat badan ni ha...sedap kak, mmg ummmph..dah lama mencari resepi nie..

ady berkata...

as-salam
boleh masuk list kena try juga ya tergoda jadinya...

Rohah berkata...

waalakumussalam Ady,
tak boleh tunggu lama klu camtu, gi terus tangkap udang segar.

Naz / Nadz COSK berkata...

Rohah...bestnyer tgk udang tu... Nak ratah jer boleh?

Rohah berkata...

Kalau tak ingat org belakang mmg nk je buat cam tu..ehehhe..

Chinta Safia berkata...

salam perkenalan ..nak tanya resepi ni tak perlu bahan-bahan perasa ker seperti garam, gula..