Sabtu, 16 November 2013

TAHNIAH...

Tahniah...alhamdulillah..

Tahniah, sekalipun UPSR tidak cukup 5 bilangan 'A' nye...
Usaha lagi untuk langkah seterusnya...

Assalamualaikum..
Mengambil kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat calon2 UPSR dan PSRA [selangor] 2013 yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Kepada anak2 yang kurang memuaskan pencapaiannya, harap dapat menerima dengan rasa lapang dada, kerana peperiksaan ini merupakan titik permulaan bagi anda semua..Masih panjang langkah kalian, bermakna masih banyak lagi peluang yang boleh diusahakan bermula dari sekarang.Begitu juga dengan anak ummi, teruskan usaha, semoga Allah permudahkan segalanya...

Saya ingin berkongsi sedikit coretan dari page Ustazah Norhafizah Musa yang saya rasakan coretannya cukup bermakna buat tatapan ibu bapa semua..Cuba hayati dan renungi, semoga mendapat manfaatnya bersama.

Salam sahabat Fb semua,
Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.

syukran kathiran pada kalian semua para guru.

wassalam.


 Pelajar Mumtaz SRA Rantau Panjang

Tahniah abang..



12 ulasan :

tun_telani berkata...

tahniah!! semoga terus cemerlang didunia dan akhirat :)

dZana berkata...

tahniah utk anak jugak rohah sekrga..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

tahniah utk anak2 kita ye Rohah
walaupun bilangan A nya x cukup 5 seperti diharapkan
ank dara akak pun
insyaallah jauh lg perjalanan mereka kan. sy ingat pesanan sesorang
thn 6 ni cuma ujian utk melangkah ke alam sekolah menengah masa depannya form 5 nanti yg lebih penting
apapun jgn putus asa kerana Allah lebih mengetahuiNya

ummiaisyah berkata...

sekalung tahniah utk anak bujang kak rohah....anak sy 2 tahun lagi...tp dr sekarang dh terasa debarnya..
thanks krn berkongsi coretan ust Hafizah..tenang je bila baca

myda_ahmad berkata...

tahniah utk anak...apa yg pasti dia dah berusaha,kita sbg ibu bapa nie jgn memberi tekanan sangat pd dia,takut nanti dia stress@menyalahkan diri sendiri...

Suzana Ibrahim berkata...

Tahniah untuk anak dan Rohah sekeluarga,semoga kehidupan akan sentiasa di permudahkan.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Tahniah utk anak Rohah... pengajaran yg berguna utk ibuba dr ustazah Norhafizah... Kali kedua akak baca ni.. pertama baca masa hari pertama UPSR keluar dr blog Nurbijen...

rahel berkata...

tahniah...cemerlang terus dunia dan akhirat..

kak ruby berkata...

tahniah utk anak rohah dan tahniah, tahniah, tahniah utk semua anak2 kita d Malaysia..........

Mel berkata...

tahniah!tahniah..
Sekarang ibu bapa semakin terbuka pemikiran. Kalau cukup A belum tentu menjamin masa depan cemerlang begitu juga sebaliknya. Yang penting ibu bapa kena sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kejayaan anak2.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah tahniah

zila norazila berkata...

Tahniah moga trus cemerlang..