Selasa, 12 November 2013

ASAM PEDAS TETEL LEMBU



Assalamualaikum
Lama sudah saya mengidamkan resepi ni...tapi jarang sekali kalau saje2 nak membeli daging di pasar.Alhamdulillah ada rezeki daging korban tempohari, dapatlah juga mengadaptasikan resepi asam pedas tetel ni..Sedap..Cuma saya olah sedikit resepi dengan merebus terlebih dahulu hirisan daging supaya lembut dimakan.Hasilnya memang berbaloi...Gigitan demi gigitan..heheeee.
ASAM PEDAS TETEL LEMBU
Resepi; Majalah Rasa

Bahan-bahan;
500 gm tetel lembu, potong kecil [saya rebus dulu hirisan daging selama 45 minit]
10 biji belimbing buluh, dibelah [x bubuh]
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan, dibelah
1 liter air [saya gunakan air ni untuk merebus daging]
Air asam jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
3 batang serai
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Cara memasak;
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air sehingga mendidih [saya masukkan air rebusan daging].Masukkan pula tetel dan air asam jawa.Perasakan secukupnya.Biarkan tetel sehingga menjadi lembut.
3.Setelah itu masukkan daun kesum dan bunga kantan.Biarkan mendidih.
4.Akhir sekali, tutupkan apiu barulah dimasukkan belimbing buluh dan biarkan lembut sedikit.
5.Sedia dihidangkan.

11 ulasan :

ady berkata...

salam
berselera tgk asam pedas ni..mmg npk pun sedap..mmmmmm

rahel berkata...

morning...Nampak sangat menyelerakan daging tetel ni...kena bertambah nasi la

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sedapnya Rohah, tetel asam pedas ni .. terliur tengok :D

Tina Othman berkata...

adui asam pedas sedapnyaaa

Mel berkata...

mel pun baru buat asam pedas kelmarin tapi ikan. Ini kalau dapat yang daging lagi selera makan. Tambah ada bunga kantan lagi, sedappp

kayumaniskorner563 berkata...

mmng sdp rohah,kak ruby biasa mkn kat kg, tp lum pernah buat sendiri lg.......

asyifa mustaffa berkata...

Lama dah teringin nak mkn asam pedas daging...tp x kesampaian lg ni....nnti sy cuba akak ni...:-)

tun_telani berkata...

tun ni, tetel lembu pon xtau bahagian mana.. haha

honey berkata...

As salam, rasa 1st time komen, silent reader. Lauk ni memang fav me and hubby selalu mil masak. terliur sudah.

suhaila

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha

dah lama tak masak asam pedas tetal...anak yg sulong suka asam pedas ni.

farid lembu berkata...

Memang...sedaaap tuuu nk try.ar