Selasa, 26 November 2013

DAGING LADA HITAM

Assalamualaikum...
Dah seminggu lebih cuti sekolah berlalu.Saya jangka ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bersama family tersayang.Saya doakan perancangan kawan2 semua dipermudahkan.

Alhamdulillah, masih lagi dapat menikmati daging korban tempohari.Selalu juga masak daging lada hitam.Kebiasaannya tidak jauh beza bahan2 yang digunakan dalam setiap resepi yang berbeza.Kali ni resepinya saya cuba dari majalah rasa.Masakan macam ni memang sedap dimakan dengan nasi putih panas.Sudah cukup memadai....kan.


DAGING LADA HITAM
Resepi;Majalah Rasa

Bahan-bahan;
500 gm daging lembu [saya hiris dan rebus 45 minit]
1/2 botol sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kisar [resepi asal tak ada]
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 gm halia

Cara memasak;
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2.Kemudian masukkan sos lada hitam scukupnya.Kacau rata.
3.Seterusnya masukkan garam dan gula.
4.Akhir sekali, apabila telah mendidih, masukkan daging dan didihkan sehingga ia menjadi lembut.
5.Sedia dihidangkan.

12 ulasan :

syapex berkata...

sdpnya kalau dpt mkn tgh hari ni...

ummiaisyah berkata...

my ol taim feberet ni.....meh la sikit!!

Fadzillah berkata...

Tengok daging masak lada hitam ni.... terus jadi lapar lah pulak.

fazianbatrisyia berkata...

sedap tu masak mcm ni...mkn pulak dgn nasi putih panas...menambah

asyifa mustaffa berkata...

Sedapnya...sy pun biasa msak cmni kak...x bnyk bhn kan...senang...;-)

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum...roha sdapkan klu dpt mkn dgn nasi pns...

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. tun kat sini sunyi sepi bila cuti sekolah, kawan2 ramai cikgu, jd bila cuti mmg pakat balik kg, tun je yg xcuti.. sedih sungguh. tun kalau mkn daging nk goreng garing dulu, kalau x susah nk telan. hihi

ZalinZalina berkata...

Lapar lak tengok gambar daging blackpepper tengah2 malam ni..aduhaiii :)

kayumaniskorner563 berkata...

hihihi teringat masa dlm pantang dulu, selalu mkn daging msak lada hitam.....tapi sedap....

mama sara nur berkata...

Assalam rohah
Sedapnya, akak ni paling suka daging he hee

Azhafizah Md Nor berkata...

sedapnya dimasak black pepper.

Tina Othman berkata...

Nyummm sedapnya

Balik nak buatlah mesti hangat je mkn lada hitam