Isnin, 11 November 2013

PULUT KUKUS vs SAMBAL IKAN BILIS


Assalamualaikum...
Jamu mata ngan pulut bercicahkan sambal ikan bilis ye..Asalnya nak makan pulut ngan kelapa parut je, tapi terlajak buat sambal pulak propanyerrr..hi2..

Pulut
Bahan-bahan:
1 kg cawan beras pulut | rendam 1 jam
5-6 cawan santan/ secukupnya [sukatan paras permukaan pulut dan lebihkan sedikit]
1 sudu besar garam
2 helai daun pandan
2-3 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Panaskan air dalam kukusan.
2.Satukan pulut bersama santan, garam dan daun pandan, kukus beras pulut selama 20 minit.
3.Buka penutup periuk, kacau pulut dan tuangkan minyak masak.Sebatikan.Kukus semula pulut selama 30 minit atau sehingga masak.
4.Siap untuk dihidangkan.

**jika pulut masih peroi, boleh tambahkan santan.

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
50gm ikan bilis | cuci, toskan
50gm cili kering*  
1 labu bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah* 
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*| kisar bahan bertanda  (*)
Sedikit asam jawa
Air secukupnya
Garam
Gula
Minyak masak   

Cara:
1.Tumiskan hirisan bawang besar, bahan kisar hingga beraroma dan naik minyak.
2.Masukkan ikan bilis dan kacau rata.Biarkan sekejap.
3.Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa secukupnya.Renehkan.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sekejap.
5.Tutup api.

8 ulasan :

Gee® berkata...

nyum..nyum...nyum... terlior k.gee dibuatnya....

Tina Othman berkata...

Adoiii sedapnya terliur tgk

Sekali pandang mcm nasik lemak pun ye

asyifa mustaffa berkata...

Ohhhh....sedapnya....!

zila norazila berkata...

Dh lama akk x mkn pulut rohah..x pernh lg cuba mkn n sambal..mesti sdap ne

ady berkata...

Salam jarang mkn pulut dgn sambal ikan bilis..mmg npk sedap.....

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

telan air liur tgk pulut dengan sambal bilis tu...

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. tun xpenah mkn pulut ngan sambal bilis. biasa pulut mkn ngan ikan masin+ kelapa parut. alahai, teringin pulak nk makan, dh lama betul xjumpa.

inahar ali berkata...

mak aaihh..terus terliur nengok pulut ngan sambal tuh..perghh..apa2 menu pulut mmg feveret akak!!