Rabu, 20 Mac 2013

IKAN DURI MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat bersiaran kembali di pagi yang cerah hari ni.Cuaca sekarang ni memang terlalu panas...sehinggakan di malam hari pun terasa berbahang.Semua tu ujian Allah kan..Walaupun begitu, masih banyak nikmat yang kita dapat, antaranya kering kain2 dijemuran...betul tak, betul tak??..Alhamdulillah..
Hari ni timbulkan resepi Ikan Duri Masak Lemak Cili Api yang dah seminggu tenggelam dalam folder..heheee..(macam biasa...)..Bahan-bahannya pun macam biasa orang lain buat, ringkas je.Santan pun guna santan kotak, sebab malas nak kayuh basikal gi kedai..aikk?? naik basikal??..nampak sangat kelentongnya..hehee..gurau je ye..Ok lah, lintas langung terus resepi yang mudah sesangat  ni kat bawah tu ye..

IKAN DURI MASAK LEMAK CILI API
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1kilo ikan duri
700ml air
200 ml santan kotak
3 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia|kisar
2 cm lengkuas | kisar
5 cm kunyit hidup | kisar
15 biji cili padi merah | kisar
1 keping asam gelugur
5 helai daun limau purut
1 tangkai daun kunyit
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik aroma.Masukkan air dan santan dalam periuk.Kacau.
2.Setelah naik wap, masukkan ikan duri, daun kunyit dan daun limau purut dan asam keping/ gelugur.Kacau kuah sehingga mendidih dengan api sederhana besar.
3.Setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
4.Matikan api dan hidangkan.

14 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

nak semangkuk kak...hehehe....

Sury Abil berkata...

Sayangnya kite x makan ikan duri...mesti sedap kn..kalau ada masak cili api ni mmg kena kurang kan pedas..:-)

Azie Kitchen berkata...

Dah lama tak makan ikan duri. Dulunkami bubuh garam dan biarkan semalaman sebelum digulai

Nooriah Abdullah berkata...

masak lomak apa2 pun jalan je kan ikan duri ke ikan tak duri mesti sedappppppppp

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

hmmm.. nampak sedap sgt tu.. dah lama menu masak lemak tak masuk dpr kita tau.. apa lagi ikan duri.. mmg tak pernah beli.. sedap tak ikan duri ni ye?

Marsita yahya berkata...

emm mantop!

zila norazila berkata...

perggghhh rohah sedap nie,biasa ikan duri akk masak asam pedas jew..masak lomak pun ok kan.

Amie berkata...

ikan duri tu iwak baguk yo Rohah...seng akeh endoq tu...

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah
kalau masak lemak gini...mkn pula dg ulam cicah sambal tempoyak...walla...tak toleh kiri kanan..
cantik kuih serimuka kat bawah tu...licin elok potongannya..

rahel berkata...

Wallawwey....segarnya masakan mu itew...teringin daku bawak nasi dua pinggan sambil makan ikan duri masak lemak....perghhhh..

Qasey Honey berkata...

mcmmne yer kak rasanya ikan duri ni...QH lom penah mkn ikn ni..tgk lauk ni myelerakan..mcm nk cuba aje nti..

fazliana berkata...

x pernah plak makan ikan duri masak lomak..masak asam pedas pernah la...bleh try ni

khairul annuar berkata...

Wasalam puan tengok je dah lapar Mesti sedapnya, semoga semua berjaya...

khairul annuar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.