Wednesday, 13 March 2013

PAU LEMBUT


Assalamualaikum..
Jumpa lagi rakan-rakan maya yang dikasihi, semoga tidak jemu menjengah ke sini, walaupun N3 yang diketengahkan biasa2 je.Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah, kerajinan menerpa minggu lepas, dapat buat 2 jenis pau dalam seminggu.Tayang pau yang ni dulu, dek terkesan dengan pic pau Tun tempohari,lembut nampaknya pau dia.Simpan resepi dulu time tu, bila mood uli2 ni datang barulah boleh teruskan projek.. Inilah hasilnya, memang lembut.

Kalau sebut bab inti, orang dalam rumah ni suka inti kacang kecuali bujang sulung yang suka inti coklat..so ready utk filling coklat untuk dia sorang.Apapaun TQ lah Tun dan kak Ton (nama lebih kurang pulak tu...hehe) sebab share resepi di laman masing2..

PAU LEMBUT
Resepi:Kak Ton MYR
Sumber:Tun Telani

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan) tepung pau | diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 g (1/2 sudu teh) baking powder
50gm (4 sudu makan) gula kaster (saya kurangkan)
20g (1 sudu makan) lemak sayuran (shortening)
2 g (1 sudu teh) bread softener (saya guna bread improver)
1/2 cawan air suam

Cara:
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4.***Jika menggunakan bread maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kaster, bread softener dan lemak sayuran, kemudian pilih menu dough dan tekan start.
5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6.***Jika menggunakan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam).
7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
8.Masukkan inti dan tutup kemas.
9.Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2"x2") dan susun di dalam pengukus.
10***Untukinti, bolehlah menggunakan intin apa sahaja, mengikut kesukaan.
11.Rehatkan pau selama 45 minit di dalamkukusan.
12.Untuk mengukus, didihkan air di dalam periuk pengukus.Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.Kukus pau selama 10 minit.
13.***Tips:Air mestilah betul2 panas/ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu.
14.Selamat mencuba.

7 comments:

Marsita yahya said...

Pau ni faveret mak mertua...tapi selalu beli jer..

Amie said...

Kalau jumpa pau lembut2 ni tak sabar nak tunggu jadi hangat... nak makan panas nanti melecur pulak lidah kena intinya he he ehhh... sukak mangan tapi orak iso nggawe...

tun_telani said...

Salam kak Rohah ^^
resepi feveret tun! suka sgt sbb tiap2 kali buat pun jd lembut :)

Lesung Batu said...

salam kak rohah..sy pun guna resepi yg sama. mmg terserlah "kelembutannya"..

Ayu said...

Assalam Rohah, waduh memang nampak lembut pau ni..akak pun dah lama tak mengepau..samalah mak & hubby akak suka kacang merah..yang akak pulak suka inti kentang..heheh

Sury Abil said...

Salam kak...lama dh x mengepau ni...rasa2 nya dh prnh buat guna resepi ni..tpi x sempat nk tayang...nnti blh buat lagi..tggu rajin mguli2 dulu..hee

Furniture Online said...

salam kak rohah...lembut sekali sepertinya bakpao ini. ingin rasanya mencuba.