Sabtu, 2 Mac 2013

TALAM KELADI BERLAUK

Assalamualaikum..
Jumpa lagi petang ni alhamdulillah.Sebelum itu ingin saya mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat & Koperal Sabarudin Daud yang telah terkorban dalam misi  keselamatan di Lahad Datu, Sabah.Semoga ahli keluarga mereka tenang menerima musibah ini, dan didoakan semoga roh mereka tenang di sana.Al Fatehah..


Terus kepada tajuk N3 hari ni, alhamdulillah dapat membuat seloyang talam keladi berlauk yang diidam2kan tempohari.Resepi ini saya ambil di blog kak Zailina Nordin, tq kak, sedap talam ni sebab ada udang fresh di dalamnya.Untuk sosnya tu saya buat yang Sos Cili sahaja.Bolehlah dicuba talam ni jika teringin ya...Salam jumpa lagi.

TALAM KELADI BERLAUK

Bahan-bahan:
200gm keladi
175gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Bahan lauk:
2 sudu besar minyak masak
200gm udang | dikupas, cincang
10gm udang kering | direndam, tumbuk
4 ulas bawang merah | jadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang | hiris
2 tangkai cili merah
Garam secukup rasa

Cara:
1.Untuk lauk:Panaskan minyak.Goreng udang sehingga berubah warnanya.
2.Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum.Angkat.
3.Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4.Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk.Ketepikan.
5.Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6.Kacau atas api perlahan sehingga naik wap.Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7.Tuangkan dalam loyang 25cm yang dilenser minyak.
8.Kukus sehingga 3/4 masak.Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9.Kukus lagi selam 25minit atau sehingga masak.Biar sejuk sebelum dipotong.

 Bahan Sos Cili:
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin (tak letak)
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung* | satukan bhn(*)
80ml air*
Garam secukup rasa

Cara:
Kisar semua bahan.Reneh atas api sambil  dikacau sehingga pekat.

Bahan Sos Kicap:
2 sudu besar taucu
250ml air
50gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung*
60ml air*
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara:
Kisar taucu dan air sehingga hancur.Campurkan dengan bahan lain.Kacau atas api perlahan sehingga pekat.











11 ulasan :

Sury Abil berkata...

Salam kak..aduhhh...lma dh buat talam lauk ni..kalau dpt join makan ni mmg best...:-)

Al fatihah...

Nooriah Abdullah berkata...

akak pun nak jugak talam yg ada laukkk bnayakkk2 ni Rohah...

Ayu berkata...

Assalam Rohah,
Salam Ukhwah dan salam kunjung balas..
sedap2 masakkan disini..bolehlah akak skodeng@bongkar selalu ya..
terimakasihlah sudi kedapur akak yang tak seberapa tu..:)

ummiaisyah berkata...

ngeeee...sdapnya talam tu...sy suka yg jenis savori cam ni..tringat ms kecik lu ..selalu tgk org cina jual..dlm hati asik kata sedapnya..tak sangka dh beso ni bole buat sendiri.
** mood nk masak out 2-3 arini terkenangkan warga sabah<>

rahel berkata...

Salam Kak Rohah...amboi...entah meter apa yg awak guna kali ni ek...hihihi....kita suka banget dg talam keladi berlauk...dulu kat johor slalu makan kat plaza kota raya...sedap corner...

mama sara nur berkata...

assalam, nampk sedap, sy suker keladi tp yg berlauk x pernah mkn lg

hazila berkata...

Antara kuih talam yang dalam perancangan nak buat....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

suka talam berlauk ni, setalam pun boleh habiskan sorang tau, tamakkan.. hehe

Tina Othman berkata...

wah sedapnya, selalu jumpa time bulan puasa je kuih2 canggih mcm ni hehe

z4ki4h berkata...

Kak.. Keladi ape yg digunakan utk wat kuih ni.. Hehe, nk g cari kt pasar takut slh bli

z4ki4h berkata...

Kak.. Keladi ape yg digunakan utk wat kuih ni.. Hehe, nk g cari kt pasar takut slh bli