Sabtu, 9 Mac 2013

PUTERI AYU UNGU KELADI

Asssalamualaikum...
Jumpa lagi...semoga semuanya ok dan terus ok..Cuma kebelakangan ni cuaca panas, memang kena banyak minum air kosong untuk menghindari dari terkena gejala batuk, selsema dan sebagainya..Tapi setiap yang berlaku adalah kehendakNya, walaupun minum air masak banyak, tekak tetap perit..

Puteri Ayu ni memang salah satu kuih yang menjadi peberet saya.Hari tu buat yang perisa pandan/ kaler hijau..kali ni buat perisa keladi yang diwarnakan purple..Suka sangat dengan kaler purple, lembut saje dipandangan mata..

Kali ni mencuba resepi yang telah dicuba oleh Nuri, cuma saya tukarkan pewarna dan perisanya.Ada lebihan kelapa buat kuih apa ntah saya pun dah tak ingat, daripada terbuang saya jadikan kuih ni.Hasilnya lembut dan gebu je..Jika nak lihat versi asal bolehlah lihat di blog Nuri ye..
PUTERI AYU UNGU KELADI
Resepi:Kak Wati/ PUTERI AYU (tiada link)

Bahan A:
3 biji telur gred B
200gm gula aising
2 sudu besar ovalet
300gm tepung gandum
1 cawan santan-buang 1 sudu besar (resepi asal 1 cawan jus pandan)
Sedikit pewarna ungu dan perisa keladi (resepi asal pewarna hijau & esen pandan)

Bahan B:
1 biji kelapa perut (ambil putihnya sahaja)
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
-Campurkan semua dan gaul sebati.

Cara:
1.Sediakan acuan.Ambil sedikit adunan bahgian B dan tekan padat di dasar acuan puteri ayu.Jika tidak dipadatkan,kelapa akan berderai setelah kuih masak.Ketepikan.
2.Pukul telur, gula aising dan ovalette hingga kembang, gebu dan pekat.(Proses ini penting).Pukul hingga 7-8 minit.Bermula dengan kelajuan perlahan selepas itu guna kelajuan tinggi.
3.Masukkan campuran santan (resepi asal jus pandan) sekali gus dan pukul sebati pada kelajuan perlahan (speed 1).Tidak perlu pukul terlalu lama.Just bagi sebati sahaja.
4.Masukkan tepung sekaligus dan pukul sebati pada kelajuan 1(speed 1).Pukul sekejap sahaja, supaya sebati.Kalau masih tidak sebati, guna spatula dan kaup balikkan
5.Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam acuan yang bersisi kelapa parut.Kukus selama 8 minit dengan api sederhana.Pastikan kukusan sudah dipanaskan awal dan air dalam periuk kukusan telah mendidih.

7 ulasan :

tun_telani berkata...

Salam kak rohah ^^ tun pun suka makan puteri ayu nih, cuma kt sini mmh susah nk dpt kelapa yg muda sket.. kt pasar jual kelapa yg dh mesin je, pastu mesin masuk sekali hitam2 tempurung dia.

Marsita yahya berkata...

salam...acuan ni dah berkurun dah beli tapi belum sampai seru nak buat lagi:)

azlia berkata...

wuhh...tgk gambar pun dah geram..
nk siki...

Amie berkata...

Memang ayu kok.... oo guna perisa keladi, agaknya enak banget yo kalau guna keladi!

rahel berkata...

Salam Kak Rohah....putu ayu masi ada ka? Gue mau bah.

Melly Octaviana berkata...

cantik nya putu ayu tuh, semakin ayu karena warna purple nya.. hihihi

Furniture Online berkata...

warnanya itu ungu..saya belum pernah lihat kue berwarna ungu...menarik sekali.