Sabtu, 30 Mac 2013

CEKODOK PISANG GEBU

Assalamualaikum..
Kembali bersiaran...semoga kalian semua  sihat semuanya di samping insan2 tersayang.

Bagi penggemar cekodok pisang, bolehlah try resepi Che Mat ni, sedap, gebu...digoreng pun cantek membulat..TQ Che Mat kerana berkongsi resepi.Tq juga kepada Mama Hawa & Saba kerana memanjangkan resepinya.

CEKODOK PISANG GEBU
Resepi:Mat Gebu
Sumber:Mama Hawa, Saba 

Bahan-bahan:
8 biji pisang emas  (saya guna pisang awak)
3/4 camca sudu teh soda bikarbonat
1 camca besar gula perang@ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh garam halus
1/8 sudu teh baking powder
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur.Masukkan tepung, baking powder, telur dan gaul sehingga sebati.Perap 30 minit.
2.Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana.Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak, sebab ianya akan kembang.Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
3.Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok.Angkat dan toskan.Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.Hidangkan bersama kopi dan teh.


8 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

salam kak..sedpnya cekodok..tp kak..saya sebenarnya nk tnye..backgroung song blog akak ni tajok dye ap??hehe..saya suke sgtt dga..serius..tq kak..hrp rep..:))

Rohah berkata...

waalaikumussalam saudara/ saudari yang bertanya..
akak minta maaf banyak2,akk lupa tajuknya..tapi lagu nasyid ni dinyanyikan oleh Suhaimie..

Rohah berkata...

kepada adik yang bertanya, akak baru menggoogle di you tube, tajuknya SYUKUR, boleh lihat di sini:http://www.youtube.com/watch?v=BYDXrK4bQ0Q

Zalieda Zaliedana berkata...

Assalam kak,ermm sedapnyer cekodok pisang,kat umh nih pon salu wat,ank2 mmg suka mkn versi gini dri xde letak bkng pwder n soda..2,3Ari lps bru try rcp kak besah,best gak..

rahel berkata...

Nak juga makan cekodok...buat lebih sikit ea kak Rohah...jap i singgah ambik.

Tanpa Nama berkata...

thanks a lot kak..

Nur Rahifah Karim berkata...

Thanks ye kak..sedap perap skg ni..jap lagi nk mula mengoreng...

Kak Nita berkata...

Salam Kak Rohah ....
hujan2 ni sedap mkn cekodok ni..
nak try resepi ni jap lg..