Jumaat, 15 Mac 2013

DEVIL'S FOOD CHOCHOLATE CAKE; KEK HARI LAHIR



Assalamualaikum..
Bersiaran lagi hari ni, alhamdulillah.Salam ceria di pagi Jumaat yang mulia ini.

Syukur Ya Allah atas rahmat Mu,
Kerana aku masih diberi peluang bernafas di bumi naungan arasy Mu..
Tanggal 15 Mac setiap tahun,
Membuatkan aku sentiasa mengharap pada Mu..
Sebagai hamba yang kerdil aku hanya mampu berdoa,
Moga aku mencapai setiap redha Mu dari segelinap umur ku..
Amin..

Terhasilnya kek ni sebagai tanda kesyukuran..tak ada pun majlis special, cuma dapat menghidangkan dessert untuk di makan santai bersama suami dan anak2..



Series sedap sangat kek ni, lebih2 lagi bila tergigit toppingnya, rasa chewy cam tu..

DEVIL'S FOOD CHOCHOLATE CAKE
Resepi:Shelly Kaldunski book On Cupcakes
Sumber:Azlita

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula pasir (saya guna gula kaster)
1/2 cawan brown sugar 
125 gm mentega
2 biji telur gredA
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk (buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan 10 minit)
1 cawan air suam

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah C.Sediakan loyang ukuran 9".Alas dengan kertas minyak dan sapu butter sekelilingnya.
2.Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan.
3.Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
4.Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan cecair (buttermilk + air suam) dalam tiga bahagian.
5.Terakhir masukkan vanila ekstrak.
6.Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125 gm Philadelphia cream cheese
60 gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon

Cara:
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy sahaja, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocholate Ganache
100 ml double cream/ whipping cream
250 gm coklat gelap dicincang halus
Sedikit garam

Cara:
1.Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam, kacau rata.Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.
2.Melapis kek setelah kek benar-benar sejuk.tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20-30 minit.Tuangkan ganache coklat di atasnya.
3.Hiaskan kek mengikut kreativiti.
4.Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.
5.Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese, celupkan mata pisau dalam air panas atas boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.Lap mata pisau dan potong.

17 ulasan :

Tina Othman berkata...

selamat hari lahir, semoga sentiasa dalam lindunganNya dan murah rezeki

apapun devil cake ni tersangatlah mengoda jiwa saya hehe, adeh craving gila nak makan kek skrg ni

Sally Rashid berkata...

Happy Birthday Kak Rohah
Semoga diberi kebahagiaan yg berkekalan..dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik

Fadzillah berkata...

Happy Birthday Rohah...
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberikan kebahagiaan selalu.

Shiela berkata...

Happy borthday Rohah sayang.. Cake tu cukup cukup meruntum jiwa akak ni.. Ngences.. :b

Marsita yahya berkata...

Happy Birthday dear Rohah...semoga berbahagia selalu ya....

adda syuhada berkata...

selamat hari lahir...sedapnya kek..

ady berkata...

as-salam
happy besday to u ..this cake looks really fabulous

Asyifa Mustaffa berkata...

hepy besday kak....besday akak sama dgn anak sy yg 2nd tu...:-)

sdap kek...nak buat cam malas je....

Azie Kitchen berkata...

Happy birthday

kayumaniskorner563 berkata...

Slmt hari lahir smoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki, amin......cntik kek rohah hehehe, nak rasa boleh.......

Suzana Ibrahim berkata...

hepi birthday,semoga sihat dan berbahagia hingga hujung nyawa!saya memang terliur sangat dgn.kek ni tapi dek kerana namanya...

Mori Said berkata...

canteekknya kek tu... yummmyyy... happy besday rohah...

Norhayati Mohd Ramli berkata...

Happy Birthday Rohah...
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,sentiasa dalam lindungannya, di murahkan rezeki dan bahagia selalu.

sHeeMa DeaN berkata...

Salam kenal jugak kak.. warghh sedapppyaa kak.. teringin nak cuba nanti..

Terima kasih kak sudi singgah blog saya

Amie berkata...

Panjang umurnya... panjang umurnya serta mulia... serta mulia!!!! Wes pirang taun bik?
Keknya kok ayu temen koyo wonge jugak lo... enak banget ketok eh...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Selamat ulang tahun rohah..
Moga hidup sntiasa dlm lindunganNYA.. amin..

Kek tu mmg nmpk sgt2 marvelous..

Elya Roza berkata...

happy beday kak..
kecur tgkkk kek akak buat tuu