Sabtu, 6 Oktober 2012

PUDING CINCAU ROSE


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersiaran lagi..Moga hari ini dan hari-hari mendatang menjanjikan kecerian dan ketenangan buat kita semua, agar rutin harian dapat dilaksanakan dengan lancarnya.
Semenjak syawal yang lalu tekak ni asyik teringin je menyantap menu2 dessert...bukan mengidam ke apa, tapi asyikkk mashukkk nak melayan menu yg macam tu je rasanya..
Kali ni try buat puding cincau sebab stock cincau pun dah tersedia ada.Very simple, tapi saya sukeee...macam ala2 bandung la kan..o.k lah, pendekkan celoteh, saya sisipkan resepinya yang mudah itu..

PUDING CINCAU ROSE
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
10 gm agar-agar tali/ kering
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair*
1 cawan santan pekat*
1 sudu besar tepung jagung* (bancuh bersama)
3/4 cawan gula
150gm cincau | potong halus/ dadu
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil sirap ros

Cara:
1.Rendam agar-agar tali dalam air selam 30 minit.Toskan
2.Renehkan agar-agar bersama air dan gula.Sesekali dikacau dan pastikan agar-agar betul hancur.
3.Masukkan sirap ros dan garam.Kacau rata.
4.Tuangkan bancuhan santan, susu cair dan tepung jagung ke dalam periuk berisi agar-agar.Kacau menggunakan api sederhana sehingga tampak sedikit mendidih.
5.Tutup api dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan/ loyang yang sesuai.Masukkan sedikit demi sedikit hirisan cincau tadi ke dalam loyang yang berisi agar-agar.
6.Sejukkan.


8 ulasan :

Sheila Shafeareen berkata...

salam kak selamat behujung minggu hemmm menyelerakan lee...ada rasa bandung becincau...terasa nikmat mkn sejuk2:-)

Amie berkata...

sukanya tengok warna lembut puding cincau tu... I likeeeee....

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Wah kaler pink dgn bintik2 hitam.. Menarik! Mesti rasanya lebih menarik lagi..

rahel berkata...

Selamat pagi Kak Rohah...
Cantiknya puding cincau tu...sudah semestinya nyaman....
Kak...bole pinjam k set cawan tu? Cantik banget.

Bicara Kak Noor berkata...

time panas memang tak cukup sapotong ni Rohah kaler pun cantik je pinky2 gitu bekenan lah

izahdaut berkata...

sedapnya kak makan pudingg.. hari ni panas betul, kalau dapat makan sejuk2 ni nyaman betul menelan..

Wani berkata...

dah lama x buat dessert sejuk2 cam ni.. terliur pulak hihi.. mesti sedap neh :)

Fadzillah berkata...

Wah, sedapnya puding cincau ros tu....
Mesti sedap... makan di waktu cuaca panas terik ni....