Rabu, 31 Oktober 2012

TUMIS PETOLA je..

Assalamualaikum..
Salam ceria buat semua  pengujung Damai Qalbu..Terima kasih atas kunjungan ke laman yang tak seberapa ini.Hari ni saya berkongsi rasa dengan menu sayur yang biasa kita dengar dan simple sesimplenya untuk penyediaannya..Kadangkala yang simple itu yang paling enak bagi saya.Sayur Petola Tumis je...Jom ke dapur..
TUMIS PETOLA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 biji petola | kupas sedikit kulitnya & potong
3 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
5 gm ikan bilis/ secukupnya | tumbuk
2 tangkai cili api | tumbuk
1 tangkai cili merah | hiris
Sedikit air
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan sedikit air dan garam.Renehkan.
2.Masukkan petola, kacau dan tutup sekejap dengan tudung kuali agar empuk sedikit.Taburkan hirisan cili merah.Kacau rata.
3.Matikan api.Hidangkan.


MUDAH je kan..heheee..


6 ulasan :

Sari Yusa Ibrahim berkata...

sedap juga tumis petola ni, lagi kalau ada ikan kering & sambal belacan, nyummmmm...

Tina Othman berkata...

ala sedapnya, meleleh air liur

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Naz suka sayur petola ni Rohah.. Eh...semua sayur Naz suka sebenarnya..hehehehe.. Lagi simple lagi best sebenarnya.. Naz kalau masak sayur ni mesti letak kentang, suhoon dan juga fucuk.. Nyummm..suka buat pedas cam ni dan ratah jer..sedapnyaaaaa....

Marsita yahya berkata...

sambal belacan ada? Kalau tak de tak mahu singgah heh heh...

norzila berkata...

Kak rohah tgk petola kak ni tringat zila dh beli mi suah konon nk masak air je.tak terbeli2 kt pasar tu eh...

Qasey Honey berkata...

nmpk sedap sayur petola tu..tp QH bkn pengemar sayur tu..hehe...rugikan..