Rabu, 17 Oktober 2012

CENDOL PANDAN

Assalamualaikum...
Selamat malam rakan-rakan maya, apa khabar semua??Di doakan semoga semuanya sihat2 belaka dan dapat menjalani aktiviti seharian dengan ceria.
Hari ini berkesempatan membuat cendol sendiri sebab teringin minum air cendol homemade.Dari pagi menyediakan aksesorinya, sampailah ke petang baru siap, sebab byk break2nya.Sakit belakang rasanya..ni baru buat cendol satu periuk kecik je kan, belum lagi berniaga air cendol yang bertong2 tu ....ki2, dah lenguh2 segala..InsyaAllah N3 Air cendolnya akan menyusul di lain hari ye.O.klah, kita terus kepada resepinya..
Sebelum tu, TQ Flo atas resepi cendolnya yang lembut dan sedap ...


CENDOL PANDAN
Resepi:Flo@Myr

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3 cawan air  +  pandan (saya guna 10 helai daun pandan)
1 sudu garam @ secukup rasa (saya guna 1 sudu kecil)
1 sudu kecil (sudu kfc) serbuk kapur
Sedikit pewarna hijau (yang ni saje tambah, resepi asal tak ada)

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan di atas dan tapis.
2.Masak dalam kuali non-stick hingga kental dan berkilat.Biasanya mengambil masa 25-30 minit bergantung kepada kekuatan api dan ketebalan kuali.
3.Masuk dalam acuan cendol (acuan maruku atau sebarang jenis acuan yang sesuai.Flo guna sudip menggoreng yang berlubang), dan tekan dalam air sejuk (air dari peti sejuk).Pastikan bahagian bawah acuan tidak menyentuh air sejuk.
4.Simpan cendol bersama airnya di dalam peti sejuk (tak tahu berapa lama boleh tahan, mungkin seminggu je sebab tak ada bahan pengawet)
5.Boleh makan bersama santan pekat+gula merah, atau ais kacang..ikut suka.

8 ulasan :

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Rohah :D
Bestttnya Cendol...Montok2 gitu...gerammmm tengok...hahahaha

Ni belum bubuh santan lagi ni kalau dah campur santan gula merah dah air batu...sejuk jer lalu kat tekak! Mesti tak ada tol nya!! hahahaha

Qasey Honey berkata...

rajinnya akak ku ni...buat cendol sdri...bru la terjamin halal n kebersihannye kan...tp klau QH mcm xsggp la..lg bile akak ckp sakit2 bdn tu..hehe...buat lbih2 sikit ehh kak..bleh tmpg 2 mngkuk..

Shiela berkata...

Assalam Rohah.. simpankan akak semangkok yer.. rajin sungguhlah adeq akak ni.. :)

Norzie hany berkata...

Wahhh Rohah...rajinnya buat cendol sendiri,akak selalu beli yang dah siap aje.

rahel berkata...

Aduhai..cendol pandan la pulak...macam tau2 jer Rahel tengah plan nak buat cendol...nanti boleh cuba ni..bahan2 semua ada kat umah..agaknya hujung minggu sesuai buat untuk penyejuk tekak...alahai..tekak ni sentiasa nak yg nyaman jew...

Amie berkata...

Rajinnya buat cendol... dijamin bersih!

az riena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
az riena berkata...

Kak...kalau tak letak serbuk kapur...cendolnya masih sedap tak?