Selasa, 12 September 2017

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA



Assalamualaikum.

Dapat cencaru fresh hari ni.Sambar terus.Dalam kepala memang antara dua je, sama ada nak buat ikan sumbat kelapa ataupun sumbat sambal.

Tapi dah imagine kat kepala sumbatan kelapa tu macam enak je sebab dah lama tak buat, makanya start motor pergi kedai sekali lagi.Sanggup je kan 2 kali gi kedai..ahaakk.Camtu la kalau selera dah mula membara.


IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Bahan
6 ekor ikan cencaru
1 kelapa parut
1 biji bawang besar, kisar
1 ulas bawang putih, kisar
1 inci kunyit hidup,kisar
3 tangkai cili kering, (boleh tambah jika mahu) rendam air panas
Sedikit belacan (jika mahu)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit asam jawa, ambil patinya


Penyediaan
Bersihkan ikan.Hiris bahagian belakang badannya.

Kisarkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.

Gaulkan bersama kelapa parut.Campurkan sekali gula, garam dan air asam.Sebatikan.

Sumbatkan ikan dengan bahan kelapa tadi.

Panaskan minyak sekadarnya.Goreng dan toskan.Nak panggang pun boleh.

Jangan lupa buat sambalnya, sambal belacan ke.Tapi saya buat cicahan air asam je..



3 ulasan :

Amie berkata...

Assalamualaikum,
seronoknya Rohah dah kembali memeriahkan dunia masak2....

Rohah berkata...

Kakk..kangennya kak.kangen nak berblogging semula.Tapi kadang mood nak update lari jauh ke laut..kikiii.

Resepi banyak yg belum diupdate..ada yg dah tak tau mana satu picnya..ohh la la..πŸ˜†πŸ˜…

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Selamat kembali berblog Rohah. Apa khabar? moga sihat2 selalu ye.
Resepinya saya dah kidnap. Nanti boleh cuba. Tq kongsi.