Rabu, 7 Disember 2011

Kacang Peas Berdaging

Assalamualaikum...
Sayuran ni memang saya suka, rangup je bila dikunyah..Tambahan pula ada butiran jagung,memang secocok saya rasakan..

Kacang Peas Berdaging 
Sumber:Rohaisha
Bahan-bahan:
150gm kacang peas -buang serat tengah
1/4 cili benggala merah- cincang serong.
100gm daging lembu-cincang kecil
1 biji bawang holland- hiris memanjang/separuh ditumis &
                                   separuh untuk ditabur         
3 biji bawang putih-hiris halus
2 sudu besar butiran jagung
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
1/2@1 cawan air-dibancuh dengan tepung jagung
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

1-Tumiskan separuh bawang holland dan bawang putih.
2-Masukkan daging dan kacau rata selama beberapa minit.Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.Biarkan daging separuh masak untuk beberapa minit.
3-Masukkan kacang peas,baki hirisan bawang holland dan  cili benggala merah.Kacau rata.
4-Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.Kacau sehingga separuh masak.
5-Perasakan dengan garam dan gula.Kacau.
5-Tutup api.


Tiada ulasan :