Rabu, 7 Disember 2011

KUEY TEOW GORENG BASAH




Assalamualaikum..
Pebret oh pebret...biarlah simple, tapi sedap je kalau dah depan mata.

KUEY TEOW GORENG BASAH
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
2 peket kuey teow} basuh dan toskan
4 ekor sotong} potong cincin 
2 biji cili besar} tumbuk
5 ulas bawang merah} tumbuk
3 ulas bawang putih} tumbuk
5-10 gm ikan bilis} tumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
Kicap lemak manis secukupnya
2 sudu besar sos tomato
3 biji telur
1 cawan air
2 genggam taugeh
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara menyediakan:

1.Tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga layu.Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sos cili.Kacau sebentar barulah masukkan sotong.Perasakan dengan garam dan gula.
2.Masukkan air dan didihkan sebentar.Masukkan kuey teow, gaul sempurna dan pecahkan telur ditengah-tengah kuali.Kacau telur tersebut kemudian ratakan keseluruh kuey teow tadi.Masukkan pula taugeh, kacau sebentar dan tutup api.


Tiada ulasan :