Ahad, 4 Disember 2011

ROLL SOSEJ BERKEJU


Assalamualaikum..
Biasenye stock roti kat dapur memang 'mesti' ada..Tetapi kekadang, anak2 ni cepat jemu dengan jenis2 roti.Setiap 2 minggu mesti tukar roti, kalau tak tukar memang tak termakan la roti2 tu..Kalau buat roti cam kat atas ni biasenya disebabkan roti dah tak laku n hampir2 expired la tu...Daripada membazir, kena kreatif la sikit buat tu n ini.Tapi tengok2 juga la resepi apa yang boleh diterima anak-anak ni.Kalau tak, tak dijawabnya juge..

ROLL SOSEJ BERKEJU
Resepi:Rohaisha


Bahan-bahan:

6 keping roti} dicanai nipis
6 batang sosej
3 keping keju cheddar} potong menjadi 2 bahagian untuk selapis keju
1 biji telur
bijirin quaker oat secukupnya
sedikit bancuhan tepung gandum} untuk melekatkan gulungan roti
sedikit garam
sedikit lada sulah} campurkan dengan telur
minyak utk menggoreng


Cara:
1.Canai nipis kepingan roti.
2.Letakkan potongan keju dan letakkan sosej.Gulung dan lekatkan dengan tepung cair.
3.Kacau telur bersama garam dan serbuk lada sulah.Kemudian golekkan di atas bijirin quaker oat dan goreng sehingga kekuningan.
4.Angkat dan hidang.

Bukan anak2 je suka roll ni, org dewasa pun apa kurangnya...
Time panas2 lagi sedap dimakan, sebab ranguuupp je bahagian tepi2 roti tu..

2 ulasan :

citra fareeda berkata...

Best ler resepi nie....nk bagi kat anak yg kurang makan tu, mesti die suka.

Rohah berkata...

Memang enak..tak tipu..ehehe..