Jumaat, 9 Disember 2011

Tom Yam Ayam




Assalamualaikum..
Sedapnya hirup kuah tomyam panas-panas..bertenaga je rasa badan nie.Saya dapat skil buat tomyam ni 'hasil dari pengamatan' cara kakak ipar saya masak.Bahan-bahannya macam biase je, kira ikut kelaziman"Tom Yam".Selanjutnya ikut stail saya, janji sesuai. Kira o.klah..Bolehlah kalau setakat nak melayan tekak family sendiri. 
 


Tom Yam Ayam
Resepi: Rohaisha
 

Bahan-bahan:
5 Ketul ayam} potong kecil

Bahan kisar:
2 biji tomato} kisar
1 labu bawang holland }kisar
3 tangkai cili merah }kisar

Bahan hirisan/ mayang:
1 biji tomato} belah 4
1 labu bawang holland} mayang kasar
4 batang serai} mayang serong
5 batang serai} ketuk
1 batang lobak merah} potong serong
8 batang putik jagung} potong serong
2 batang saleri} potong serong
Daun ketumbar secukupnya
8 kuntum daun limau purut
1-2 biji limau nipis} ambil jusnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga layu dan naik minyak.Kemudian masukkan ayam dan kacau.
2.Masukkan serai, lobak, putik jagung, daun limau purut dan air.Biarkan separuh mendidih.
3. Setelah hampir masak,masukkan pula daun saleri, tomato dan perasakan dengan garam dan gula.Perahkan jus limau nipis,masukkan bawang yg dimayang,daun ketumbar, kacau dan tutup api.




Tiada ulasan :