Isnin, 5 Disember 2011

AYAM SOS OREN


Mengenangkan ada oren sunkist yg masam terbiar dan langsung tak terusik, maka terhasillah resepi yang mudah ni.."Manis-manis buah", itulah gambaran pada rasa ayam yang telah ku masak..

AYAM SOS OREN
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:

8 ketul ayam
1 labu bawang besar} hiris/tumis
1 labu bawang holland} hiris/tabur
2 ulas bawang putih} hiris
3 inci halia} cincang dadu (halus)
1/2 tin cendawan Abalone
1/2 biji oren sunkist}
i) ambil kulitnya-parut
ii) ambil jusnya
1/2 biji benggala merah} potong kecil
1/2 biji benggala hijau} potong kecil
1 sudu kecil sos tiram
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk memasak

Cara:

1. Tumiskan bawang merah, bawang, putih dan halia hingga layu.Masukkan sos tiram dan ayam.Kacau.
2. Masukkan air hingga mendidih dan ayamnya kelihatan seakan sudah masak.Kemudian masukkan perahan limau sunkist, cili benggala merah dan hijau diikuti parutan kulit limau dan bawang holland.Kacau rata dan biarkan seketika.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.Sebatikan, kemudian tutup api .

Tiada ulasan :