Ahad, 4 Disember 2011

Roti Sardin Gulung


Assalamualaikum...
Selamat tengahari...dah masak ke belum?? Kejap je rasanya masa berlalu..Ralit sebenarnya bila buat kerje mengupdate blog nie..

Roti Sardin Gulung
Sumber: majalah SAJI
Olahan:Rohaisha


Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich} canai nipis
1 tin sardin kecil
3 sudu besar mayonis- *saya kurangkan yg ni
1 biji limau kasturi} ambil jusnya * saya tambahkan ini
Garam dan gula secucukupnya
*bancuhkan sedikit tepung gandum untuk melekatkan gulungan roti.

Cara:
1-Hancurkan sardin menggunakan garpu.Kemudian campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
3-Letakkan bahan tersebut di atas roti dan gulung.Lekatkan roti menggunakan tepung cair.
4-Goreng roti hingga kekuningan.


Sedapnya roti sardin ni sebab ada mayonis..lagi banyak mayo lagi sedap perr..ehehe..ngalahkan budak2 saya punya selera nih...Tapi time buat ni saya kurangkan sikit mayonisnye..