Jumaat, 9 Disember 2011

MASAK LEMAK LABU

Assalamualaikum..
Selamat malam semua..jenuh juga mengentrikan koleksi resepi masakan saya yang terdahulu dalam blog ni... Tegang urat belikat sejak mula mengupdate blog ni.O.klah, saya nak persembahkan sayur lemak labu yang biase saya buat, simple aje menu2 saya..Foto snap pun simple2 je..ehhehe.."guna camera cap ayam", camtulah lebih kurangnya.


MASAK LEMAK LABU
Resepi: Rohaisha

Bahan:

1/2 biji labu saiz kecil} potong
3 ulas bawang merah} tumbuk
5gm ikan bilis} tumbuk
2 tangkai cili burung} tumbuk
1 cawan air} utk masak labu (separuh empuk)
3  cawan santan
Soo Hoon secukupnya} rendam sebentar(sy guna 3gm sahaja)
garam dan gula secukupnya.

Cara:

1.Masukkan labu bersama secawan air dan bahan tumbuk dalam periuk, dan masak hingga separuh empuk.Masukkan soo hoon dan biarkan kembang seketika.
2.Setelah itu masukkan santan dan kacau selalu hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula.Matikan api.

Umumnya semua orang dah maklum kalau masak lemak labu ni memang sedap berganding bahu dengan ikan masin goreng..aduhai!!...tambah sesenduk dua lagi la gamaknya sukatan nasi saye!!

Tiada ulasan :