Jumaat, 9 Disember 2011

AYAM GORENG MADU ISTIMEWA


AYAM GORENG MADU ISTIMEWA
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong
150 gm cili kisar
100 gm madu
10 gm bijan
150 gm sos cili
2 biji bawang besar-hiris
3 tangkai cili merah-hiris
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak untuk mengoreng

Bahan kisar:
8 uals bawang merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih

Cara:
1-Ayam yang telah dipotong gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng sehingga kekuningan.
2-Kemudian tumiskan bahan kisar.Masukkan cili kisar dan sos cili, kacau hingga sebati
3-Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau rata.Selepas itu, masukkan bijan dan madu.kacau sebati.
4-Apabila telah sebati, masukkan hirisan cili merah, hirisan bawang, garam dan gula secukup rasa.



Tiada ulasan :