Jumaat, 9 Disember 2011

IKAN SELAR GORENG BERLADA



Menu ini saya gandingkan dengan Nasi Ketumbar..Memang sesuai!!...lauk & nasi mengandungi aroma rempah yang harum..

IKAN SELAR GORENG BERLADA
Resepi: Ikan Tenggiri Goreng Berlad (majalah SAJI)
Sumber/olahan: Rohaisha

Bahan-bahan:

750gm ikan tenggiri (saya guna 3 ekor ikan selar)
650gm cili merah (saya guna 10 tangkai cili merah)-kisar
20gm asam gelugor (saya guna 2 keping)
6 ulas bawang merah-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
3 biji tomato-(saya guna sebiji tomato dibelah 4)
Garam secukup rasa
3 helai daun limau purut
3 sudu kecil jintan putih-kisar
Minyak masak untuk menumis

Cara:

1.Terlebih dahulu goreng ikan tenggiri hingga masak.
2.Kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan serbuk jintan putih hingga naik bau.Masukkan asam keping.
3.Masukkan tomato, daun limau purut dan ikan selar (sy guna tenggiri)
4.Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.Setelah masak, angkat dan hidangkan.



Ternyata tak sia-sia percubaan saya menggandingkan nasi ketumbar saya dengan menu Ikan Selar Goreng Berlada ni..Iyelah, jemu juga asyik makan nasi ala-ala nasi minyak ni dengan menu ayam je..


Tiada ulasan :