Selasa, 13 Disember 2011

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum...
Hari ni makan nasi tomato berlaukkan Ayam Masak Merah.Resepi simple ini saya ambil  dari majalah RASA.Saya buat sekali ganda dari sukatan resepi asal.


AYAM MASAK MERAH
Resepi:Majalah Rasa

Bahan-bahan:
1/2 kilo ayam
3 sudu makan cili giling (saya kurangkan)
2 labu bawang besar| kisar
2 ulas bawang putih| kisar
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan cili sos
3 sudu makan jus limau nipis/ cuka
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan  perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara:
1.Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam secukup rasa.Panaskan minyak masak di dalam  kuali.Goreng ayam tadi sehingga separuh masak.Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3.Selepas itu masukkan cili giling.Kacau sehingga pecah minyak.
4.Masukkan jus limau nipis dan sedikit air.Kacau rata sehingga mendidih.
5.Kemudian masukkan tomato dan cili sos.Gaul sehingga rata dan sebati.
6.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Kacau sehingga mendidih.
7.Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata dan sebati.
8.Angkat dan sedia dihidangkan.



1 ulasan :

Kamal Ahmad berkata...

da test - sedap ...makaseh miss