Rabu, 7 Disember 2011

NASI AYAM

NASI AYAM

Resepi: rohah

Bahan-bahan: 

10 ketul ayam
Air secukupnya
5 inci halia} hiris besar 
Sedikit garam
*air rebusan digunakan untuk menanak nasi, sup dan sos kicap.Air secukupnya. 


Cara:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan rebus hingga mendidih. (jgn terlalu lama) 



Bahan Perap ayam:
Ayam yg telah direbus tadi
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap pekat*
1 sudu besar madu*
1 sudu besar kicap cair



Cara:
1.Gaul semua bahan yang bertanda (*) bersama2 ayam dan perap selama 30minit-1 jam.Ketepikan.
2.Kemudian panggang ayam dalam oven selama15 minit dengan suhu 170 drjh C.

Bahan untuk nasi ayam:
2 cawan beras} basuh dan toskan
2 3/4 air rebusan ayam (secukupnya)
3 sudu besar mentega
3 ulas bawang merah} hiris
3 ulas bawang putih} hiris
3cm halia hiris
1 batang serai} ketuk
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Sedikit serbuk kunyit (x letak pun tak apa)
Sedikit garam

Cara:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu menggunakan marjerin.Kemudian masukkan kulit kayu manis ,bunga lawang, serai, daun pandan dan serbuk kunyit disusuli beras.Kacau sebentar.
2. Masukkan air rebusan ayam dan sedikit garam.Kacau .
3.tanak hingga masak.

Bahan Sos Kicap:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 cawan air
1/2 cawan air rebusan ayam} klu x nk pun x pe, just lebihkan pd kuantiti air sahaja
1 sudu besar tepung jagung} bancuh sikit dengan air
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara:
1.Satukan kesemuan bahan kecuali gula, garam dan tepung jagung. 
2.Masak hingga separa mendidih.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam secukupnya.
3.Kacau hingga masak.

Bahan sos cili:
4 tangkai cili merah} kisar
3 ulas bawang putih} kisar
1cm halia} kisar
1 sudu besar cuka
1 cawan air
2 sudu kecil gula
Sedikit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan.

Tiada ulasan :