Ahad, 4 Disember 2011

AYAM SAMBA CHEF ZAM


Lauk ni saya padankan dengan "Nasi Pandan Jagung"...

AYAM SAMBA CHEF ZAM
Resepi:Majalah SAJI 
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ayam  (sy guna 10 ketul / bahagian ayam)

 Bahan Rempah (perapan):
1 sudu kecil serbuk ketumbar ( sy guna ketumbar biji & kisar)
1 sudu kecil srbuk buah pala
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil halia ( tumbuk lumat)
1 sudu kecil lada hitam ( kisar)

Bahan Hiris:
1 biji bawang besar} hiris memanjang (saya guna 1/2 biji)
2 tangkai cili merah} potong memanjang (sy guna setangkai)
6 tangkai cili hijau}potong memanjang (sy guna 1/2 biji cili benggala hijau)
2 cm halia} hiris memanjang
6 biji ceri tomato (saya guna sebiji tomato biasa)

Bahan lain:

Garam
minyak utk menumis
1 cawan air (saya tambahkan bahan ini)

Cara menyediakan:

1.Ayam yg telah dibersihkan digaulkan denagn bahan rempah.Perapkan selama 20 minit.
2.Kemudian goreng ayam menggunakan kuali leper tanpa minyak sehingga setengah masak.Angkat dan ketepikan. (saya tak buat step yg ni).
3.Tumiskan bahan hiris sehingga naik bau.Selepas itu, masukkan semula ayam tadi. (Sy tumis bahan hiris hingga naik bau dan masukkan ayam.Kemudian masukkan air.Tutup kuali dan biarkan mendidih).
4.Rasakan garamnya dan masukkan ceri tomato(saya guna tomato).Gaul sehingga sebati, angkat dan hidangkan.
                                                    
Memang sedap resepi chef zam ni, ada kelainan pada rasa rempah yang menyaluti ayam yang kita masak.

 

Tiada ulasan :