Isnin, 5 Disember 2011

NASI GORENG CINA


Assalamualaikum..
Bila hari-hari memasak kekadang ada masanya kita buntu nak hidangkan menu apa atas meja makan... Kekadang bila buka je peti sejuk, baru boleh dapat idea..Yang penting kita tunaikan juga tanggungjawab tu dengan hati yang ikhlas walaupun pun menu itu sesimple aje nampaknye..


NASI GORENG CINA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:

5 cawan nasi
2 bahagian isi ayam} potong kecil
3 ulas bawang merah} tumbuk
5 ulas bawang putih} ketuk
Sedikit ikan bilis} tumbuk
10gm ikan bilis} goreng
3 tangkai kangkung} potong
1-2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
3 biji telur
Lada sulah secukupnya
Minyak bijan secukupnya}untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
*boleh tambahkan cili api ketika menumis(ikut keperluan)

Cara menyediakan:

1.Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2.Tumiskan, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis tumbuk hingga kekuningan.
3.Masukkan ayam, kacau sebentar.Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram dan kicap cair, garam dan gula.Sebatikan.Pecahkan telur dan kacau lagi, kemudian barulah masukkan nasi dan kangkung.
4.Apabila telah sebati dan hampir masak, taburkan nasi dengan ikan bilis goreng beserta lada sulah dan kacau rata.
5.Angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan :