Rabu, 7 Disember 2011

MASAK LEMAK KUNYIT BEREMPAH


MASAK LEMAK KUNYIT BEREMPAH
Resepi: majalah Rasa

Bahan-bahan:
400gm ayam
2 ulas bawang merah}hiris nipis
2 ulas bawang putih} hiris nipis
1cm halia} hiris nipis
1 helai daun kunyit
1 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu kecil rempah kari
300ml santan pekat
2 sudu kecil cili pes
Sedikit stok untuk kuahnya
Garam dan sedikit gula
Cara menyediakan:
1.Masukkan ayam ke dalam bekas MEDIA Slow Cooker (Periuk Mereneh MEDIA) dan tambahkan dengan semua bahan termasuk sedikit gula.
2.Nyaslakasn MEDIA Slow Cooker dan pusing ke 'Auto function'.
3.Biarkan mereneh lebih kurang 1 1/2 jam-2 jam.
4.Apabila ayam telah lembut, masukkan semua bahan lain dan teruskan memasak.
5.Biar lama sedikit, sehingga daging lembut dan senang dimakan.

Saya buat resepi ni dengan menggandakan sukatan bahan-bahan perencah bersama timbangan sekilo ayam.Saya olah pada tatacara penyediaan resepi ini untuk kemudahan saya..Boleh rujuk di bawah.
 
MASAK LEMAK KUNYIT BEREMPAH
Resepi: majalah Rasa
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
1kg ayam (dipotong sederhana besar)
5 ulas bawang merah}hiris nipis
4 ulas bawang putih} hiris nipis
2cm halia} hiris nipis
1 helai daun kunyit
2 sudu besar kunyit serbuk
4 sudu kecil rempah kari
400ml santan pekat (saya guna 2 santan kotak Ayam Brand)
200ml air (saya tambahkan item ini krn guna santan kotak)
2 sudu kecil cili pes (saya guna cili boh)
Sedikit stok untuk kuahnya (saya guna 1 kiub ayam knor)
Garam dan sedikit gula
Cara menyediakan:
1.Masukkan ayam ke dalam periuk kalis lekat dengan mencampurkan kesemua bahan.Kacau sesekali agar masakan tidak hangus.
2.Renehkan hingga 11/2 jam atau kuah telah kelihatan pekat.
3.Matikan api dan hidang.




Tiada ulasan :