Selasa, 13 Disember 2011

NASI TOMATO

Assalamualaikum...
Selamat menjamu selera.. Inilah menu untuk hari ni..Memang  dah lama saya tak masak nasi tomato..
 
NASI TOMATO
Resepi:Majalah Rasa

Bahan-bahan:
960gm beras basmathi
1.25 liter air
1 tin susu cair
250gm pes tomato
5gm kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
4 biji tomato masak-tanpa biji
4 sudu makan minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10gm halia
15gm bawang putih
20gm bawang besar

Cara memasak:
1.Basuh bersih beras dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang.
3.Masukkan bawang kisar bersama tomato dan biarkan hingga naik baunya.
4.Kemudian masukkan air bersama susu cair, beras dan pes tomato secukupnya.Kacau rata.
5.Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan daun pandan.Biarkan hingga nasi masak.


Sebagai rujukan, saya olah sukatan resepinya seperti  dibawah:
Adaptasi olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan beras
Air secukupnya (ikut kebiasaan)
1 cawan susu cair
8 sudu besar pes tomato
1 biji kulit kayu manis, 2 biji bunga lawang, 7 kuntum bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga
2 biji tomato masak-tanpa biji
3 sudu makan minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
3cm halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz kecil)

Cara memasak:
1.Basuh bersih beras dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang.
3.Masukkan bawang kisar bersama tomato dan biarkan hingga naik baunya.
4.Kemudian masukkan air (agak2) bersama susu cair, beras dan pes tomato secukupnya.Kacau rata.
5.Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan daun pandan.Biarkan hingga nasi masak.

Macam biase, ayam masak merah sememangnya sinonim dengan nasi tomato ni.Jadi, gandingan lauk inilah yang saya buat untuk nasi tomato saya.





Tiada ulasan :