Jumaat, 9 Disember 2011

Asam Rebus Batang Keladi


Assalamualaikum..
Sedapnya bila menghirup kuah asam batang keladi, tak puas2 rasa ditekak..Saya suka betul kalau kakak ipar masak sayur ni.Lengkap segala adunan  rasa air tangannya.Air tangan orang berbeza2 kan..Tapi dibawah nie,kira versi sendirilah...

Asam Rebus Batang Keladi
Sumber :Rohaisha

10 tangkai batang keladi}siat kulit dan  potong pendek.
3 ulas bawang merah} tumbuk
3 tangkai cili padi } tumbuk
1 sudu kecil udang kering} tumbuk
serbuk kunyit secukupnya
1 kiub ayam
Air secukupnya
garam dan gula secukupnya

Cara:

1-Masukkan air dalam periuk bersama semua bahan2 tumbuk kecuali garam.
2-Setelah mendidih masukkan batang keladi dan perasakan dengan garam.
3-Masak sehingga empuk dan matikan api.


Tapi nasib-nasib jugalah dengan alah batang keladi ni, kekadang kalau tak kene gaya terbeli yang gatal!!..Habis merenyam tekak serba tak kene dibuatnya.Pernah gak dapat batang keladi yang gatal...habis satu periuk saya buang sayur tu..tak boleh nak teruskan makan..gatal-gatal bisa rasanya..satu macam je kat tekak nie.


Tiada ulasan :