Selasa, 6 Disember 2011

KURMA UDANG BERGAJUS


Assalamualaikum...
Memang sedap rupanya resepi udang ni...anak2 berselera benar mengadap hidangan nie.Tak rugi mencubanya!!.Resepi diambil dari majalah SAJI.

KURMA UDANG BERGAJUS
Resepi: majalah SAJI

Bahan-bahan:

1 kg udang
6 sudu besar serbuk kurma
1/2 sudu besar serbuk kunyit
5ooml air
300ml susu cair
150ml yogurt
Sedikit garam
100gm gajus} goreng
100ml minyak masak} menumis
2 sudu besar minyak sapi

BAHAN A:
5 biji ubi kentang} belah dua * saya goreng dulu supaya cepat empuk
1 biji lobak merah} potong baji * tak pakai coz time ni x de..
3 biji bawang besar} belah & tak putus
3 tangkai cili merah} belah dua
3 tangkai cili hijau} belah dua
 
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
5 tangkai cili padi

BAHAN MENUMIS:
1 helai daun pandan
2 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumiskan daun pandan, daun kari, bahan menumis dan bahan kisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan serbuk kurma dan serbuk kunyit yang telah digaulkan dengan air, kacau sehingga naik minyak.
3.Satukan yogurt,susu cair ke dalam kuali.Kacau sebati.
4.Masukkan bahan A dan gajus serta garam secukup rasa.Apabila sudah mendidih, masukkan udang.Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.                                  




Tiada ulasan :