Ahad, 4 Disember 2011

AYAM KARI BERKICAP

Assalamualaikum..
Kalau makan nasi panas ataupun sejuk berlaukkan ayam kari memang dah kira sedap dan cukup memadai, inikan lagi jika masakan tu ditambah dengan kicap..rupa2nya lagi sedap..
AYAM KARI BERKICAP
Resepi:Rohaisha


Bahan:
10 ketul bahagian ayam
4 labu bawang besar} kisar
7 ulas bawang putih} kisar
4 inci halia} kisar
2 tangkai cili merah} kisar
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
2 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga
Kicap manis secukupnya
1 1/2 cawan air
Gula dan garamsecukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara:

1-Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia.
2-Tumiskan bahan kisar bersama rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air sehingga naik minyak.
3-Masukkan kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga beserta ayam.Kacau.
4-Masukkan kicap, daun kari,gula dan air.Kacau sebentar dan tutup kuali dalam masa 10-15 minit.(pastikan di kacau sekejap2 agar tidak berkerak).
5-Setelah kuah ayam agak pekat dan masak, perasakan dengan garam.Kacau untuk seketika dan matikan api.



Tiada ulasan :