Selasa, 6 Disember 2011

KELI SALAI MASAK LEMAK CEKUR


Assalamualaikum...
Sebut je ikan keli memang tak jemu2 kalau makan setiap hari (itu kalau sayalah,,).Tak kiralah ikan keli tu dimasak apa, gerenti saya sambar dulu..Saya tak pernah 'menyalai ikan keli', tapi kebetulan hidangan yang telah saya masak ni adalah ikan keli salai yang dah siap disalai dikedai, adik saya yang beli ketika 'on the way' ke rumah saya.Di beli kat negeri sembilan nuuu...

IKAN SALAI LEMAK CEKUR
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
6 ekor ikan keli salai} yang ni beli yang dah siap salai

Bahan kuah:
2 ulas bawang merah} tumbuk
1 ulas bawang putih} tumbuk
4cm cekur}tumbuk
3 tangkai daun cekur} hiris halus
Sedikit serbuk kunyit
150ml santan pekat} saya guna santan kotak Ayam Brand
1000ml air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
 * tambahkan cili api jika mahu pedas

Cara:

1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu dan masukkan serbuk kunyit beserta sedikit  santan pekat.Kacau rata.
2.Masukkan santan,air,gula dan garam.Renehkan hingga kuah masak.Kemudian masukkan hirisan daun cekur.
3.Campurkan ikan keli salai ke dalam periuk dan kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.



Saya dan anak-anak memang cukup suka dengan ikan keli..Sebab tu bila masak kuah cekur ni saya tak bubuh cili...sian kat mereka coz tak tahan pedas...Tapi kalau pedasss, perghhh!! memang kick laaa..

Tiada ulasan :