Jumaat, 9 Disember 2011

AYAM MASAK ROS


AYAM MASAK ROS
Sumber:Majalah RASA

Bahan-bahan:
1 kg ayam
150 gm cili merah (kisar)
100gm bawang merah (kisar)
50gm bawang putih (kisar)
4 batang serai (kisar)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan pes tomato
3 gm bunga lawang
3 gm buah pelaga
3 gm kayu manis
50 gm garam
10 gm serbuk perasa *sy tak guna ni
50 gm gula
500 gm santan

Cara memasak:
1-Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis hingga wangi.
2-Masukkan bahan kisar dan biarkan hingga naik minyaknya.
3-Kemudian masukkan serbuk cili dan juga pes tomato.Kacau sehingga rata dan masak.
4-Setelah itu, masukkan ayam dan biarkan sehingga masak.
5-Tuangkan santan dan kacau sehingga mendidih.
6-Perasakan sdengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.



Tiada ulasan :