Selasa, 6 Disember 2011

VANILLA CHOC CHIP MUFFIN


Assalamualaikum...
Memang seronok mencuba pelbagai resepi muffin ni, lepas satu mufin, mufin yang lain pulak yang dibuat.Pendek kata, "tak jemu2"...Layan mufin yang ni pulak ye..Kaye dengan coklat chip,tu yang sedap tu...                                                                                
                        

                                                       
VANILLA CHOC CHIP MUFFIN
Sumber:Sasha Rahmat

Bahan A:
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran /minyak masak
3/4 cawan susu @ buttermilk
1 sudu kecil esen vanila


Bahan B:
2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan gula kastor (boleh dikurangkan)

Bahan C:
1 cawan coklat chip

Cara-cara:
1.Satukan semua bahan A
2.Satukan bahan B di mangkuk adunan- buatkan lubang di tengah campuran tepung
3.Tuangkan bahan kepada lubang yang dibuat pada bahan B
4.Masukkan bahan C
5.Baru start stir.. kacau jangan terlebih dari 2o kali
6.Transfer ke muffin tray..bakar (170 darjah C), 20 hingga 25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.




Tiada ulasan :