Rabu, 7 Disember 2011

BINGKA ROTI JAGUNG BERKISMIS

Assalamualaikum...

Selamat malam... selamat menjamah bingka roti.Resepi saya ambil dari mass80@myresipi.Izinkan saya metrikan resepi mass kat sini,terima kasih atas resepi yang mudah ini.. 

 

BINGKA ROTI  JAGUNG BERKISMIS

Resepi:mass80@myresipi.com

Bahan-bahan ( Untuk seisi keluarga )


  • 5 keping roti gardenia - sekali ngan kulit (sy guna 8 keping)
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 400 ml santan
  • 100 ml susu segar @ susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan kismis
  • 1 tin jagung dalam tin (saya guna 3/4 tin je)

Cara-cara

  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap
  2. Satukan susu segar @ susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh blender dan tak payah tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati. Kemudian masukkan jagung tin dan kismis dan kacau lagi biar sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna loyang bersegi dan bakar selama 1 jam dengan suhu 180c
  6. Biarkan bingka betul2 sejuk dahulu baru keluarkan dari bekas dan dipotong. Selamat mencubaa.....