Selasa, 6 Disember 2011

Apam Keledek

Assalamualaikum....
Inilah apam yg yg terhasil dari ubi keledek yg dah terperap lama kat dapur.Macam2 plan asalnya nak dibuat degan ubi keledek ni, last2 jd gak apam yg montel hasil dari input resepi Kak Yatie.Terima kasih bebanyak ye kak Yatie, kerana telah share resepinya.

Apam Keledek
Sumber :Yatie
 

Bahan-bahan:
•    3/4 cwn gula pasir*
•    200 ml air*
•  1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)
•    2 cwn tepung beras
•    1 cwn keledek rebus
•    250 ml santan
•    1 cwn tpng gandum
•    sedikit garam
•    1 sudu kecil yeast
•    1 sudu kecil b.powder
•    pewarna oren

Cara-Cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut.



1 ulasan :

Fadzillah berkata...

Nampak sedap je apam keledek tu....
Saya ni memang peminat kuih apam. Nanti nak cuba jugak lah.