Memaparkan catatan dengan label Aneka Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneka Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2015

CENDAWAN GORENG

Assalamualaikum....
Kembali bersiaran..lama juga tuan rumah memerapkan diri..Teringat kat pic cendawan goreng ni..huhuuu.lama betul diperapnya...pic bln julai 2014...haaa kan....
Teringin makan ni sebenarnya...bilalah nak buat ye...hihiii.Resepi simple yang selalu saya guna....ringkas dan mudah.Dapat benda ni ratah2 je, memang sedap..kan......

CENDAWAN GORENG
Bahan-bahan
Cendawan [apa2 je asal tak beracun]
Tepung gandum
Telur
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara
1.Cendawan disiat, cuci dan toskan.
2.Gaulkan bersama garam sekadarnya bersama telur.
3.Satukan tepung gandum bersama serbuk lada sulah [buat sikit2 ye, kalau dah habis, adun lagi]
4.Ambil cendawan yang telah dilumur telur dan gaulkan dengan tepung secara satu persatu agar salutan tepung rata.
5.Goreng dalam minyak sederhana panas.Apabila kekuningan, angkat dan toskan.

Rabu, 18 Februari 2015

PURI


 Assalamualaikum..
Nampak puri, teringat pada arwah Bonda.Semasa hayatnya arwah suka buat puri untuk hingangan kami anak2..Tapi arwah dengan style dia, hasil purinya tebal tapi rapuh.Macammana dia buat, macam tu juga saya ikut.

Kali ni, ikut resepi oleh Sara yang saya temui dalam blog Kak Ita....Saya gandingkan dengan kuah Kari Sardin sebagai pencicah bagi mnggantikan kuah kari biasa atau dal..BIla makan puri ni pastikan di makan ketika masih panas2, memang sedap..jika tidak, puri agak liat untuk dijamah setelah sejuk pada suhu bilik.

PURI
Resepi;Sara
Sumber;Azlita Masam Manis

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak

Cara
1.Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar.Masukkan juga garam
2.Tuangkan air sedikit sedikit.Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan.
3.Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan.Uli lagi hingga doh lembut.
4.Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit.
5.Ambil sedikit doh sebesar guli.Canai doh nipis.Buat sehingga semua adunan habis.[Bentuknya tak kisah, kalau nakcantik, buat bulat-bulat]
6.Bila dah siap, goreng.



KARI SARDIN
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
1 tin sardin 
3 ulas bawang merah, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
3 inci halia, ketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempak kari
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
2 sudu besar santan kotak
1 cawan air atau secukunya
Sedikit asam gelugor
Garam
Sedikit gula

Cara
1.Tumiskan bahan tumbuk, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan rempah kari dan kacau sekata sehingga tampak  garing.
2.Masukkan sardin dan kacau rata.Bubuh air dan renehkan.
3.Tuangkan santan dan asam gelugor.Renehkan lagi sehingga kuah kelihatan agak pekat.
4.Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Matikan api dan hidangkan.

Jumaat, 15 Ogos 2014

SOTO SUP TULANG

Assalamualaikum..
Untuk penggemar soto, sesekali bolehlah guna tulang lembu untuk kuahnya.Lebih enak dari rebusan sup ayam..Tapi mungkin tak semua orang gemarkannya.Jadi bolehlah buat pilihan...heheee
Saya lebih suka rebuskan sup tulang tanpa menumis bahan-bahan perencahnya untuk mengelakkan terlalu berminyak.Sebab rebusan sup dengan sendirinya akan mengeluarkan lemak hasil dari lemak lembu tu kan...Namun terpulang pada citarasa masing-masing.Untuk yang gemar di tambah sambal kicap, bolehlah buat sekali sambal tersebut.Tapi saya lebih suka kosong macam tu je..eheee.
SOTO SUP TULANG
Oleh; Rohah

Bahan-bahan Sup Tulang
Tulang lembu
Air secukupnya
Bawang besar, hiris
Bawang putih, hiris
Halia, diketuk
Kayu Manis
Bunga lawang
Lada putih
Sup Bunjut
Kiub lembu knorr secukupnya
Garam
Sedikit Gula

Bahan Lain
Beberapa ketul ayam, didigoreng dan siat
Ketupat Nasi, direbus
Suhun, di goreng 
Kacang tanah, digoreng

Bahan taburan:
Tauge
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Sambal Kicap
Cili api secukupnya
Sedikit bawang putih, ketuk
Jus limau nipis jika perlu
Sedikit garam dan gula
Sedikit air
;;;masak kesemua  bahan  hingga mendidih

Cara menyediakan:
1.Rebus tulang lembu dengan air secukupnya dalam anggaran 1 jam 30 minit.
2.Apabila sudah agak lembut dagingnya, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, sup bunjut, bunga lawang, kulit kayu manis dan kiub lembu.Teruskan mereneh sehingga tulang betul2 empuk.
3.Masukkan pula sedikit gula dan garam apabila sup kelihatan sudah sebati.Diikuti pula dengan lada putih kisar.
4.Tutup api dan hidangkan sup bersama bahan-bahan taburan.
5.Hidangkan bersama hirisan ketupat nasi, suhun goreng dan isi ayam beserta bahan-bahan taburan yang lain. 

Selasa, 29 Oktober 2013

KARI AYAM [tanpa santan] vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Alhamdulillah bersua lagi...Kita layan kari ayam tanpa santan lah ye...Kiranya dah selalu buat kari ayam tak bubuh santan cuma untuk digandingkan dengan pulut kuning ni, saya bubuh air secukupnya [agak2] untuk mendapatkan lebihan kuah yang pekat supaya sedap dicicah dengan pulut.Caranya ialah renehkan kuah kari dengan api yang sederhana perlahan agar kuah pekat dengan cantik.
KARI AYAM [tanpa santan]
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 kilo ayam, potong kecil
1 labu bawang besar, cincang
1 labu bawang besar, kisar
5 ulas bawang putih, kisar
2 cm halia, kisar
3 biji buah keras, kisar
2 kuntum bunga lawang
4 cm kayu manis
6 sudu besar serbuk rempah kari,  bancuh dengan sedikit air [saya guna BABAS]
1 sudu besar serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
2 biji kentang, potong kecil
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan;
1.Tumiskan bawang besar cincang, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.Masukkan bahan-bahan kisar diikuti rempah kari dan cili serbuk.Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
2.Masukkan ayam, gaul sebati.Curahkan air secukupnya, masukkan kentang, daun kari dan tutup kuali.Gunakan api sederhana dan renehkan sehingga kuah agak memekat.[saya reneh agak lama]
3.Apabila ayam dan kentang hampir empuk, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Setelah masak, tutup api dan hidangkan bersama pulut.

PULUT KUNING
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam1-2 jam bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
2 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) selama 1-2 jam.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.

Rabu, 18 September 2013

SUP CENDAWAN [MUSHROOM SOUP]


Assalamualaikum..
Sesekali hirup sup omputih ni sedap jugakkan..Beli je roti panjang yang dah siap tu dan sapukan mentega bawang putih.Kalau rajin, buat je sendiri mentega tu, sekejap je siap.Saya biasa guna resepi ni, memang sedap dan menjimatkan.Boleh lihat kat sini untuk resepi mentega bawang putih tu.Terselit juga kat situ resepi Mushroom Soup dengan versi yang sedikit berbeza dari resepi kali ini..beza sikit je...
Kali ni saya try resepi Mushroom Soup yang menggunakan ubi kentang sebagai bahan asasnya..Lebih pekat dan lemak..TQ buat Ustazah Norlida dan Khai yang sudi berkongsi resepi. 

SUP CENDAWAN [MUSHROOM SOUP]
Resepi; Norlida
Sumber; Khai

Bahan-bahan;
6-7 biji cendawan [cincang]
4 biji kentang  [rebus dan blend hingga halus]
1 tin evaporated milk/susu cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar kuning/ holland
Sedikit garam
1 kiub ayam
Isi ayam [cincang halus]

Cara memasak;
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan mengacaunya perlahan-lahan dengan api sederhana sahaja.

Selasa, 17 September 2013

ROTI KERCA


Assalamualaikum.
Apa khabar semuaaaaaa...sihat ye..Maaf la sebab asyik cak baa je nak ngupdate dan BW..harap2 lepas ni line clear insyaAllah.Walaupun Damai Qalbu cak baa2, tapi tuan tanah still masak hari2.Ni lah dia cerita menu sebelum bulan puasa tu hari lagi..uhhhhh,,, lama betul dan dah menimbun2 pun yang belum terusik.

Sekilas pandang macam laksam masakan ni, tapi bukan...sedap Roti Kerca ni, kuahnya ala2 kuah spagetti, asyik nak cedok je masuk mulut..ehee.Tengok resepi ni kat kat fb Kak Ayu Jalinan Rasa.TQ kak, share resepi, dah lama teringin wat sendiri...makan tahun, 2013 baru jadi.He hee..
ROTI KERCA
Resepi;Scha Al Yahya [majalah Rasa]
Olahan; Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan;
1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam
4 cawan air
Sedikit marjerin [utk sapu pd kuali]

Cara membuat roti;
1.Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam.
2.Kisar hingga sebati.
3.Panaskan non-stick pan dan sapu sedikit dan marjerin.Tuangkan sedikit adunan.
4.Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.Lagi nipis lagi bagus.
5.Setelah masak, angkat dan gulungkan [macam buat kuih ketayap].Buat hingga adunan habis.Ketepikan.
6.Kemudian bolehlah mula membuat kuahnya.

Bahan kuah;
300-400 daging/ayam cincang
1 biji kelapa [sukatan 7 cawan air]
30 gm serbuk rempah kari daging [bancuh sedikit dengan air untuk dijadikan paste]
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200 gm tomato puri [1/2 tin besar]
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak kuah;
1.Tumbuk lumat bawang dan halia.
2.Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk tadi, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga harum.
3.Masukkan serbuk kari dan tumiskan hingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan.Kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan daging/ ayam cincang, tomato puri, garam dan gula.
6.Tunggu hingga daging masak dan siap.Sementara menuggu kuah mendidih, bolehlah gunting serong kesemua gulungan tepung tadi.[gulung seperti membuat laksam].

Cara menghidang;
1.Ambil sedikit gulungan tepung tadi dan masukkan ke dalam pinggan.
2.Tuangkan kuah dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.Sedia untuk dinikmati.



Rabu, 20 Februari 2013

RENDANG AYAM RANTAU Vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Inilah dia rendang ayam yang saya makan dengan Nasi Lemak Seri Pandan tempohari, merangkap sekali dengan Pulut Kuning.Memang betul2 Xtra rajin lagi time tu.Memang betul2 ikut selera tekak ku..hi2.Nasib baik tekak yang lain setuju juga.

Saje letak nama rantau tu sebab almaklumnya saya ni juga merantau, walaupun masih dalam lingkungan negeri sendiri iaitu Selangor ku sayang..Jangan marah ye kawan2 erkkk..saja nak berceloteh, tak ada niat nak beza2kan tau.Macam biasa, perencah rendangnya sama je macam orang lain buat, ada lengkuas, ada kerisek, itulah namanya rendang kan..Resepinya ada kat bawah tu ye..Selamat jamu mata..


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg ayam
30gm cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
4 batang serai | kisar
10cm lengkuas | kisar
3 sudu besar kerisek
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
Air asam jawa
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.

PULUT KUNING
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam semalaman bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
1 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) semalaman.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.


ROTI BOYAN


Assalamualaikum...
Entah mengapa minggu lepas selepas terajin buat nasi lemak, teringin pulak makan Roti Boyan...hhmmmm, banyak betul teringinnya tu kann!!.Rentetan sambal nasi lemak yang masih berbaki, tak berlengah terus saya capai kentang dan mulakan projek apa yang terlintas diminda ketika itu.

Pernah buat Roti Boyan ni dulu, sedap pulak..walaupun masa tu saya tak buat sambal cicahnyanya, makan begitu saje.Tapi cam biasa, anak2 saya memang tak akan sentuh sambal.Penyelesaiannya mereka cicah dengan mayonis...Sedap juga!!.

Kiranya sukatan di bawah ni memang mengenyangkan, saya buat untuk hidangan makan malam, menggantikan suapan nasi.Tapi tu lah, bab uli menguli ni memang saya tak berapa nak terlebih rajin, jadinya kulit tu tak nipis..tebal semacam.Nak sedap memang kena nipis macam buat karipap tu, kalau boleh lagi nipis.Walaupun dah pernah dN3kan di Fb satu ketika dulu, saya sisipkan lagi sekali respinya di sini untuk mudah buat rujukan.Untuk sambalnya pula boleh rujuk di SINI.
ROTI BOYAN
Resepi:Majalah RASA

Bahan Untuk Kulit:
500gm tepung gandum
50ml minyak masak | dipanaskan sekejap
Sedikit garam
Air panas suam secukupnya

Bahan Untuk Inti:
1/2 kg kentang | direbus dan dilecek hingga halus
2 biji bawang besar | hiris halus (saya kurangkan)
2 biji telur rebus
Beberapa helai daun sup dan bawang | hiris halus
Lada sulah dan garam scukup rasa

Cara:
1.Kulit:Campurkan tepung bersama minyak dan garam.Gaul rata.
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut.
3.Ambil sedikit untuk dibulat-bulatkan sehingga adunan habis
4.Inti:Gaul dan lecekkan kentang bersama bawang, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam dan juga telur.Gaulkan hingga sebati.
5.Canai doh seperti membuat roti dan letakkan bahan inti ke atas doh dan tutup seperti membuat murtabak.
6.Panaskan sedikit minyak dan goreng dengan api sederhana.


Jumaat, 25 Januari 2013

PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN




Assalamualaikum...
Salam hari jumaat yang penuh barakah..Bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah beri...pertamanya nikmat dapat bernafas di bumi Allah ini, alhamdulillah..


Pagi ni tayang pulut kukus, tapi dah habis lama sebab buatnya   dah masuk 3 minggu yang lepas.Ini antara menu yang memang diingini sementara musim durian masih ada lagi hari tu..Sekarang dah takde, kat gerai buah tu pun dah tukar buah manggis, cempedak, duku dan sebagainya..

Lama mengimpikan buat pulut kukus berkalerkan ijo pandan, dan saya bubuh sekali air kisaran daun pandan.Tapi sebab daun pandan saya tu cenonet2 je sebab tanam dalam pasu kot, jadi aromanya macam kurang powerlah sikit, maybe lain kali kena bubuh daun pandan banyak sikit dan pilih daun yg lebar2..Kalau nak daun macam tu kena tanam pokok pandan kat atas tanah.Alhamdulillah baru menanam pokok pandan kat tepi pagar...selama ni hubby tak kasi tanam kat tanah sebab bimbang merimbun tak sudah dan tanpa kawalan..hehe...(takut ada binatang yang menjalar tu sebenarnya...).Harap2 pokoknya cepat merimbun dan boleh meneruskan aktiviti memasak.

Untuk kuah durian tu sama je ikut resepi yang pernah saya buat sebelum ni, namun saya selitkan juga resepinya kat sini.Boleh juga tengok resepi yang dulu tu kat SINI.
PULUT KUKUS SERI PANDAN & KUAH DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut | rendam, cuci & toskan
5 helai daun pandan*
2 cawan santan cair* | *kisar bersama
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 2 jam.Cuci dan toskan.
2.Panaskan periuk kukusan, kukus pulut bersama santan campuran pandan, pewarna dan garam selama 20 minit.
3.Buka penutup kukusan, kacau/ gemburkan pulut, kemudian sudukan minyak masak dan tuang rata ke atas pulut tadi.Gaul lagi hingga sebati.Teruskan mengukus selama 10 minit lagi.
4.Matikan api.

Kuah:
2 cawan isi durian
5 cawan air
1 cawan gula 
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan
5 sudu besar tepung gandum | bancuh bersama air

Cara:
1.Masakkan isi durian bersama air, daun pandan dan gula.
2.Setelah mula mereneh masukkan santan dan sedikit garam.Kacau.
3.Apabila kuah telah masak, masukkan bancuhan tepung gandum dan sebatikan.Biarkan sekejap, tutup api.


Isnin, 14 Januari 2013

TAUHU MAMBO



Assalamualaikum...
Hari ni berkongsi menu kudapan iaitu bebola atau senang nak diistilahkan sebagai jemput2 tauhu..Mungkin tak semua orang gemar makan tauhu, tapi sebagaimana yang kita tahu, tauhu mempunyai banyak khasiat sebagai penyumbang protein untuk tubuh kita.


Pertama kali juga saya cuba membuat bebola tauhu ni walaupun dah jumpa beberapa resepi yang lebih kurang sama untuk dicuba.Biasanya kita buat tauhu ni sebagai menu Tauhu Sumbat ataupun dicampurkan dalam rojak.Itupun dah cukup sedapkan.Jadi apa kata kita cuba resepi ni, ternyata enak dibuat kudapan waktu minum sore selain ianya menyihatkan..

TAUHU MAMBO
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan:
2 ketul tauhu | dilecek halus
2 tangkai daun bawang | hiris halus (saya gantikan dgn daun sup)
2 biji telur | pukul ringan 
1 biji tomato | buang biji, cincang halus
1 sudu besar tepung ubi (resepi asal tak ada)
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah

Cara membuatnya:
1.Campurkan tauhu, bahan kisar, daun bawang dan tomato.Kacau rata.
2.Masukkan telur, tepung ubi dan kacau rata.
3.Ambil sedikit adunan (Perahkan sedikit).Bentukkan bulat.
4.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atasapi sederhana sehingga masak.

 *saya masukkan tepung ubi ke dalam adunan supaya mudah bebola tauhu dibentuk/ tidak terlerai semasa proses menggoreng.Jangan lupa juga memerah adunan untuk mengeluarkan lebihan kandungan air sebelum dibentuk bebola.