Memaparkan catatan dengan label Kek Lapis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Lapis. Papar semua catatan

Rabu, 10 Oktober 2012

KEK LAPIS CHOCHOLATE PEPPERMINT


Assalamualaikum..
Selamat petang dan salam manis buat pengunjung2 Damai Qalbu.Semoga ceria-ceria selalu disamping menjalani aktiviti harian.

Terus kepada resepi yang dikongsi hari ni iaitu Kek Lapis Chocholate Peppermint.Kek ni dibuat pada ramadan tempohari, sebagai hidangan untuk tetamu pada Syawal yang lalu..tetapi lambat untuk dikongsi kat sini.
Berminat sangat saya dengan resepi olahan brother Rozzan ni. Kebetulannya saya masih ada stock esen peppermint yang belum dirasmikan lagi.sesuai sangatlah tu.Pada saya kek lapis ni agak menarik coz tergabungnya 2 rasa yang agak unik, rasa coklat dan rasa segar2 pudina macam baru lepas memberus gigi pun ada bila makan kek ni.hihi...
TQ untuk Br@Rozzan dengan perkongsian resepinya..insyaAllah boleh buat resepi ulangan lagi.

KEK LAPIS CHOCHOLATE PEPPERMINT
Resepi olahan:BR@RSR

Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
6 biji telur (saiz besar)
80gm sekaya
250gm susu pekat manis
80gm Horlicks
2 sudu teh esen peppermint
2 sudu besar serbuk koko*
1/2 sudu teh esen vanila*
3 sudu besar air panas* | dicampurkan dan dijadikan pes coklat
Secukup pewarna hijau
160gm tepung Hong Kong @ tepung kek
Loyang berukuran 7"x7" | dialas dengan kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang

Cara:
1.Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).
2.Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati.(kira-kira 4-5 mnit)
3.Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks.Pukul lagi hingga rata.
4.Perlahankan lagi speed (slow, sekadar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung Hong Kong dan biarkan adunan sebati.Jangan terlalu lama, kira-kira1-2 minit je ataupun anda boleh gunakan kaedah fold-in method bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur atau mentega tadi.Tak payah gunakan mixer.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i)1 bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau
ii)1 bahagian lagi dibubuh pes coklat
6.Panaskan ketuhar dengan suhu kira-kira 180-190 darjah celcius, api atas dan bawah.Bubuh 2 senduk adunan coklat ke dalam loyang kek lalu ratakan.Bakarlah lapisan pertama ini sehingga masak.(kira-kira 6-7 minit).Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sikit dengan penekan kek lapis agar rata.
7.Kemudian tukar suhu ketuhar kepada 200-210 darjah celcius (api grill/ atas sahaja).Bubuh pula 2 senduk adunan peppermint/ hijau dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit).Bakarlah berselang seli warna cokelat dan hijau sehingga selesai semua adunan.

Note rohaisha:untuk suhu oven saya sarankan ikut kesesuaian suhu oven masing2 untuk elakkan sedikit hangit pada setiap permukaan kek.Next time saya pun kena adjust sikit suhu tu (kurangkan).

Khamis, 20 September 2012

KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS



Assalamualaikum..
Kebelakangan ni mood nak membaking membuak-buak, tapi  memang sengaja le dilengah-lengahkan(lengah2???!!..uit, tak baik tauu...).Tapi bab nak masuk mulut sendiri o.k jugalah kan..takut pulak kalau ada stock cake nanti, asyik kerja nak membalun je..tu yang tak tahan tu..Bukan boleh caya ni...kalau 2 kali rasa mahunya 2x lagi dan lagi dan lagi..haaaa..
Saya suka makan kek, tapi nanti cepat sangat jarum timbangnya naikk!!.Tu yang tak sanggup tu...
Kek yang ni memang dibuat khas untuk aidilfitri yang lalu, buat separuh adunan je..Pastu dibahagi dua, kasi bonda kita separuh..setakat nak bagi dia rasa je..hehe.. len kali bolehlah buat adunan penuh kan..biarlah puas nak makan.
Perasan tak asam how flakes yang kat permukaan tu tersembul jerr..hihi.Gamaknya dah terlajak kering permukaan tu baru nak bubuh asam.Terlupa, leka!!.Memang tak boleh nak selamatkan.Maklumlah time tu bulan puasa, aktivitinya double triple, yg ni pulak jadi mangsa.
O.klah, resepinya kita terjah dari dapur kak Ayu.Tq ye kakak.

KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS

Bahan-bahan:
10 biji telur gred A
500gm buttercup
1/2 gelas @ 100gm gula halus
350gm tepung biskut marrie
50gm horlick
1/2 sudu teh baking powder
1 tin kecil susu pekat manis
Pewarna cerry @ 1 sudu makan strawberry emulco
Pewarna hijau pandan  + 1 sudu makan pandan emulco
22 bungkus asam How Flakes (besar 20 sen).1 lapisan guna 36 pcs
Loyang saiz 8 1/2" X 8 1/2" X 2 1/2"
Baking paper

Cara-caranya:
1.Telur dipukul sebiji dmi sebiji  sehingga kembang.Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
2.Masukkan buttercup dan susu pekat manis ke dalam adunan telur tadi.
3.Masukkan tepung biskut marrie yang dicampurkan dengan horlick serta baking powder sedikit-sedikit hingga habis.Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian  sama banyak.Lebih tepat, timbang adunan tu sama banyak.
5.Letakkan pewarna dan emulco disetiap bahagian yang berlainan.
6.Panaskan periuk kukusan, alas baking paper di loyang 4 segi tepat ukuran 8 1/2" dan masukkan 1 cup dadih sedang ke dalam loyang.Mulakan dengan colour hijau dahulu dan kukus sehingga agak kering.Anggaran 2-3 minit.
7.Masukkkan adunan colour cerry dan kukuskan lagi  sehingga agak kering.
8.Setelah adunan cerry kering, susunkan 36pcs asam how flakes dan kemudian tumpahkan adunan colour hijau pandan lagi.Ulangi proses melapis selapis demi selapis sehingga habis adunan.Lapisan ini sebanyak 12 lapis, cery 6 lapis dan hijau pandan 6 lapis.(saya punya 8 lapis je)
9.Lapisan terakhir, keringkan sekejap dan barulah disusunkan asam how flakes di atasnya dan tutup atas loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi dalam 45 minit atau masak.

Sabtu, 15 September 2012

KEK LAPIS 4 RASA


Salam..
Selamat malam semua,yakin ada yang dah beradu dibuai mimpi yang indah, dan saya yakin juga masih ramai lagi yang on9 ketika ini.
Bercerita tentang kek lapis, memang saya suka sangattt!! Biasanya saya beli je dan kali ni berkesempatan nak mencuba.Sangat teruja dengan hasil tangan kak Dj, jadinya untuk pertama kalinya mencuba resepi kek lapis dari koleksi beliau.Cuma saya tak gunakan mentega yang berkualiti tinggi, sebab pada saya mahu mencuba terlebih dahulu...Namun hasilnya sangat enak walaupun rupa parasnya tak secantik hasil tangan kak Dj.


KEK LAPIS 4 RASA

Bahan-bahan:loyang 8"x8"

  • 10 biji telur gred A
  • 500gm mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)-sy guna mentega biasa
  • 300gm tepung Hong Kong/ tepung gandum | diayak
  • 150gm gula kastor
  • 100gm serbuk horlicks
  • 150gm serikaya
  • 300gm susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar pandan paste (Dj menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe @ campuran serbuk koko & coffee emulco (dibancuh sedikit dengan air panas)*boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
  • 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu

Cara-cara:
1.Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2.Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
3.Satukan adunan telur dan mentega tadi.Sebatikan.
4.Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks.Gaul-gaulkan sebati.
5.Akhir sekali masukkan tepung.Kacau hingga betul-betul sebati.
6.Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberikan esen vanila, satu bahagian lagi diberi paste pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe/ pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
7.Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya.Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180 darjah C mengikut kepanasan oven masing-masing).
8.Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar.Buat sampai habis.
9.Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
10.Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
11.Cara-cara menyimpan kek:alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yang bersesuaian.Kemudian masukkan kedalam peti sejuk.
NOTA : 
1.Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan kek yang lembut dan sedap.
2.Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis.
3.Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan pati pandan/pandan emulco+pewarna hijau tua.
4.Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9"x9" jika tak nak kek terlalu tinggi.Ikutlah citarasa ,masing2.
5.Suhu bergantung pada jenis oven masing2.Sila adjust sendiri.
6.Sukatan gula boleh dikurang/ tambahkan mengikut citarasa sendiri.
7.Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.