Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Selasa, 12 September 2017

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA



Assalamualaikum.

Dapat cencaru fresh hari ni.Sambar terus.Dalam kepala memang antara dua je, sama ada nak buat ikan sumbat kelapa ataupun sumbat sambal.

Tapi dah imagine kat kepala sumbatan kelapa tu macam enak je sebab dah lama tak buat, makanya start motor pergi kedai sekali lagi.Sanggup je kan 2 kali gi kedai..ahaakk.Camtu la kalau selera dah mula membara.


IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Bahan
6 ekor ikan cencaru
1 kelapa parut
1 biji bawang besar, kisar
1 ulas bawang putih, kisar
1 inci kunyit hidup,kisar
3 tangkai cili kering, (boleh tambah jika mahu) rendam air panas
Sedikit belacan (jika mahu)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit asam jawa, ambil patinya


Penyediaan
Bersihkan ikan.Hiris bahagian belakang badannya.

Kisarkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.

Gaulkan bersama kelapa parut.Campurkan sekali gula, garam dan air asam.Sebatikan.

Sumbatkan ikan dengan bahan kelapa tadi.

Panaskan minyak sekadarnya.Goreng dan toskan.Nak panggang pun boleh.

Jangan lupa buat sambalnya, sambal belacan ke.Tapi saya buat cicahan air asam je..



Khamis, 9 April 2015

GULAI IKAN

Assalamualaikum..
Gulai ikan style kelantan yang dihasilkan resepinya dari Makyong/myresipi..Walaupun saya anak jati selangor, tapi alhamdulillah tekak ni dapat menerima plbagai resepi mana2 negeri.Makin pelik sesuatu resepi tu, makin tebal hati nak mencuba...
Oklah layan terus resepinya...bye bye, jumpa laaagi..

GULAI IKAN

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung [saya guna ikan tongkol]
1 cm lengkuas
1 cm kunyit
1 sudu besar cili giling
1 keping asam gelugor
3-4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji timun [x letak]
3 biji lada hijau
1/2 biji kelapa, ambik santan

Cara-cara
1.Bersihkan ikan dan ketepikan.
2.Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan.Msukkan juga asam gelugor.Masak sehingga santan mendidih.
3.Kemudian masukkan ikan.Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
4.Masukkan pula timun yang dipotong sepanjang 1-1.5 cm dan juga lada hijau.[saya x bubuh]
5.Masakkan lagi dalam 3-4 minit.Kemudian padamkan api.

Isnin, 6 April 2015

ASAM PEDAS IKAN TUNA


ASAM PEDAS IKAN TUNA

Bahan-bahan
500  gm ikan tuna
7 tangkai cili merah besar, buang biji, kisar
5 tangkai cili kering, kisar
5 ulas bawang merah, kisar
4 ulas bawang putih, kisar
3 cm kunyit hidup, kisar
2 batang serai, ketuk
5cm halia, ketuk
Pati asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam
Gula


Cara
1.Potong ikan dan cuci bersih.
2.Tumiskan bahan kisar, serai dan halia sehingga layu.
3.Masukkan air dan ikan, renehkan.Masukkan air asam jawa.Teruskan mereneh.
4.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan setelah masak.


Rabu, 18 Mac 2015

IKAN TUNA MASAK SOS LADA HITAM


Assalamualaikum..
Bersua lagi...Ramai yang bercuti lagi ke, sempena cuti sekolah ni..Saya tak kemana2 ni, masih setia di rumah, ulang2 buat rutin harian je..

Ni menu 2 bulan yang lalu..eheeeee.Cari2 resepi kat dapur Kak Amie..Mudah aje nak sediakan.Sekejap je bersilat kat dapur, compem siap..So, mekasih kak Amie kerna berkongsi resepi.

IKAN TUNA MASAK SOS LADA HITAM
Resepi; Amie

Bahan-bahan
6 keping ikan tuna, lumur dengan sedikit garam dan kunyit
4 sudu masan sos lada hitam
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1sudu makan sos tiram
10 biji cili padi, hiris [saya gantikan dgn cili besar]
2 biji cili hijau, hiris [x bubuh]
3 ulas bawang putih, cincang
1 biji bawang besar, belah 2 dan hiris
2 cm halia, hiris
1 cawan air
Minyak

Cara
1.Goreng kepingan ikan tuna hingga masak.Ketepikan.
2.Dengan menggunakan sedikit lebihan minyak bekas gorengan ikan tuna, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3.Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5.Masukkan ikan, hirisan cili padi, dan cili hijau.Biarkan kuah memekat.
6.Tambahkan bahan lain yang digemari seperti tomato ceri dan daun bawang.
7.Tutup api dapur, angkat dan hidangkan.

Selasa, 27 Januari 2015

IKAN SIAKAP BAKAR

Assalamualaikum..
Alhamdulillah jumpa lagi...Tapi maaf, tak sempat lagi nak ronda2 dapur maya yang pastinya meriah dengan hidangan2 yang lazat.Saya cuba toleh belakang pelan2, membelek resepi2 yang lama dah dibuat, tapi tak terpost2 kat sini..

Berkongsi resepi ikan bakar yang simple ni, tapi cukup enak untuk di buat hidangan seisi keluarga.Bahannya cukup ringkas, rugi kalau tak mencuba..t/ kasih kepada Kak Hanilieza sebagai penyumbang resepi dan Neeja yang sudi panjangkan lagi..Ok lah, jumpa lagi nanti ye..

IKAN SIAKAP BAKAR
Resepi; Chef Hanilieza - Buku 365 Resepi Istimewa Chef Hanilieza
Sumber; Neeja

Bahan A
3 ekor ikan selar- saya guna seekor siakap
Sedikit minyak masak
Daun pisang

Bahan B [dikisar]
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Cara-cara
1.Bersih dan kelarkan ikan.Kemudian basuh dan toskan.
2.Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20 minit.
3.Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
4.Letakkan ikan pada pemanggang [saya bakar guma oven, ikut suhu dan tempoh yang sesuai]
5.Bakar sehingga ikan masak sambil titiskan minyak pada ikan.
6.Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam.


Jumaat, 10 Oktober 2014

IKAN TONGKOL KUAH ASAM

Assalamualaikum..
Suatu hari saya usahakan masak ikan tongkol ala asam pedas tanpa menggunakan cili kering.Bukan cili kering tak ada, tapi urmmm..., perut saya sensitif sebenarnya dengan makanan pedas, masam, berempah dan berminyak, tapi mulut masih juga ada keinginan nak jamah makanan yang macam tu.Jadi ambil inisiatif guna cili besar untuk kurangkan pedas.Sebab kalau dah salah makan memang badan merana,....sudah takdirnya begini...hihiiii.Cuma bila teringin, kena ambil pada kadar patut sahaja untuk mengelakkan dari melarat.[siapp... takleh tidur malam kalau gastrik dah menyerang, huhuuu]
Bila kuah asam menggunakan cili merah biasa, terasa lebih segar rasanya, ditambah pula dengan aroma daun purut yang harum...macam nak hirup kuah tu berkali2..tapi opsss, perut tak setuju...hihiii.Biarpun simple, tetapi rasanya tetap up...Nak tahu, kena try la ye..
IKAN TONGKOL KUAH ASAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol
3 ulas bawang merah, kisar
2 ulas bawang putih, kisar
5 ulas cili merah besar, kisar
3 batang serai, ketuk
Air asam jawa
Daun limau purut
Air secukupnya
Garam
Gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara
1.Potong ikan dan cuci bersih.
2.Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga layu.
3.Masukkan air, renehkan.Kemudian masukkan ikan, air asam jawa dan daun limau purut.Biarkan mendidih.
4.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan setelah masak.

Isnin, 7 Julai 2014

PAIS IKAN BONDA


Assalamualaikum..
Sekali lagi hati saya terkenang pada arwah Bonda tercinta bila cuba memulakan N3 ini.Manakan tidak, inilah kiranya resepi terakhir Bonda yang sempat saya pelajari dari beliau.24/2 gambar ini diambil, di mana ketika ini Bonda sudah tidak sihat dan mula berulang alik dari hospital dan rumah saya.
Mengenangkan pesanan doktor pd masa tu kalau boleh Bonda disajikan dengan makanan yang tidak berminyak, maka saya cuba sediakan ikan pais kegemaranya.Sempat saya meminta resepi asli beliau masa tu, sementara dia rehat santai diruang tamu.Setelah bahan2nya siap, dia sudi duduk menemani saya dimeja makan ruang dapur sambil memerhatikan saya membungkus ikan pais ni....Ermmm, rindu syhadu menggamit setiap kali terkenang detik2 paling berharga ni... Al Fatihah yang tiada berpenghujung untuk mu Bonda..
Oklah, rasanya setiap resepi ikan pais ni bahannya lebih kurang sama, kalau ada pun beza yang tak ketara..
                                      SeLaMaT MeNcUbA..
PAIS IKAN BONDA
Resepi: Bonda

Bahan-bahan
5 ekor ikan, saya guna ikan mabong
6 tangkai cili besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 batang serai ambil isi putihnya
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, hiris halus
Daun pisang secukupnya
Lidi secukupnya untuk menegetip balutan daun pisang

Cara
1.Tumbuk kesemua bahan di atas kecuali garam, gula dan daun kunyit.Setelah lumat, gaulkan bahan-bahan tadi bersama bancuhan air asam jawa dan sebatikan dengan sedikit garam dan gula.
2.Hamparkan daun pisang.Lumurkan ikan dengan bahan2 tadi.Taburkan juga hirisan daun kunyit keseluruh badan ikan.Kemudian balut ikan dengan daun pisang dengan kemas dan kepilkan dengan lidi.
3.Panggang atas api dan alih2 kan sehingga ikan masak.

Sabtu, 26 Oktober 2013

TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK

Assalamualaikum..
Siaran tertunda...dah lama habis..heheeee.Suka sangat hirup kuahnya.Dulu pernah saya buat hidangan ni, tapi menggunakan ayam...Yang ni tukar pulak dengan ikan talapia...Tang kuah tu, meeeemang asyik nak hirup je..segerrrr deh..

TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK
Adaptasi;AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Resepi:majalah RASA

Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong 
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya

Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.

Rabu, 16 Oktober 2013

ASAM PEDAS IKAN PARI ala JOHOR


Assalamualaikum..
Kiranya sudah menjadi kebiasaan juga saya memasak asam pedas menggunakan daun limau purut sepertimana yang selalu bonda saya buat.Harumannya cukup memukau.

Terpikat saya dengan N3 Asam Pedas Ayam-JOHOR Erma tempohari..lantas ingin mengadaptasikannya dengan stock ikan pari yang ada dalam esbox saya masa tu.Suka tengok kuahnya yang pekat..tapi time masak ni sengaja saya tambahkan kuahnya untuk dihirup2..Keterujaannya yang paling ketara sebab nak rasa asam pedas yang dicampurkannya dengan lada hitam..memang betul2 sedap rupanya..TQ Erma, mahu dibuat lagi rasanya..
ASAM PEDAS IKAN PARI ala JOHOR
Resepi asal; ASAM PEDAS AYAM-JOHOR
Oleh;Erma

Bahan-bahan;
800 gm ikan pari [resepi asal; 1/2 kg ayam]
2 biji tomato, potong 4
3 tangkai daun limau purut
3 batang serai

Bahan tumis;
7-8 sudu besar cili kisar [ikut kepedasan]
7 biji bawang merah'
3 ulas bawang putih'
1 inci halia'
1 inci lengkuas'
1 inci kunyit hidup'
1sudu lada hitam', tumbuk halus [saya guna 1 sk]
1-2 cawan air asam jawa [saya lebihkan air]
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara;
1.Kisar semua bahan bertanda ['] sehingga terbit minyak.
2.Kemudian masukkan serai, terus menumis sehingga bahan sebati masak.
3.Masukkan ikan, tutup sebentar sehingg ikan empuk dan sebati.
4.Masukkan air asam jawa.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan daun limau purut dan buah tomato.Biarkan seketika.
7.Sedia dihidangkan.

Jumaat, 11 Oktober 2013

KARI IKAN GAYA GOA

Assalamualaikum
Salam jumaat semua, hari yang penuh keberkatan..Cerita lauk pagi ni, manalah tahu ada yang teringin nak masak kari hari ni, bolehlah terus pick-up..
TQ buat penyumbang2 resepi atas resepi yang sangat sedap ni..Saya dapatkan sumbernya dari Kak Yatie.Mula2 baca memang rasa sedikit hairan sebab tak tulis pun serbuk kari dalam bahan-bahan utamanya, tapi kat tajuknya ada pulak tertera perkataan ''kari''.Lantas teruja nak mencuba sebab nak rasa kari hasil resepi Chef Wan ni.
Ternyata hasilnya tak mengecewakan, tak lari rasa dia dari tajuk asalnya,''kari''..Kalau macam ni, bila stock serbuk kari habis, bolehlah pakai resepi ni..Asalkan bahan asasnya mencukupi..

KARI IKAN GAYA GOA
Resepi;Chef  Wan
Sumber;Mat Gebu, Yatie

Bahan-bahan;
600 gm ikan tenggiri [saya guna bawal emas]
3 biji tomato, dikisar halus
3 biji cili hijau [saya guna cili merah]
3 camca besar serbuk ketumbar, dikisar halus
3 camca besar serbuk jintan putih, dikisar halus
2 camca teh serbuk kunyit, dikisar halus
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar
500 ml santan
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya;
1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
2.Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
3.Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata.Bila mendidih masukkan ikan dan jus asam jawa.Kacau perlahan.Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
4.Masukkan tomato dan masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api.Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.





Selasa, 30 Julai 2013

IKAN BAWAL MASAK CUKA; MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]

Assalamualaikum..
Ikan dimasak cuka merupakan menu kegemaran saya walaupun simple je bahan-bahannya.Menu ni sedap jika menggunakan ikan yang mempunyai isi tebal ataupun spesis besar..untuk kuah pulak, terpulanglah pada citarasa masing2, mungkin ada yang gemarkan kuah yang agak banyak.Tetapi sesetengahnya gemarkan kuah yang agak kering.


Hidangan ni saya buat untuk makan sahur, memang sedap bergandingan dengan nasi panas.Tak pasal2 macam nak tambah nasi je...issshhh.
JOM  masak..


IKAN BAWAL MASAK CUKA
Resepi; Rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan bawal emas
1 labu bawang besar- hiris
1 labu bawang besar- belah 4
5 ulas bawang putih- hiris
4 cm halia- hiris
2 tangkai cili besar hijau/ merah- belah/tidak putus
1 sudu kecil biji sawi
1//4 cawan cuka- boleh kurangkan
Air secukupnya
Garam
Gula 
Minyak masak

Bahan-bahan;
1.Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.Goreng dan ketepikan.
2.Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, kacau sekejap kemudian masukkan bawang besar [belah 4] dan biji sawi.
3.Masukkan air dan cuka.Renehkan.
4.Masukkan ikan dan cili besar, kacau rata dan biarkan didih menggunakan api sederhana.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, matikan api.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

Rabu, 3 Julai 2013

KARI KEPALA IKAN CHE JAH


Assalamualaikum..
Terima kasih kepada Che Jah berkongsi resepi kari yang enak, juga buat Kak Amie yang sudi panjangkan resepi Che Jah untuk dicuba bersama.Kebetulan masa kak Amie tayang kari kepala ikannya tempohari saya ada stock kepala ikan bawal ke ikan sebelah, saya pun dah tak ingat..sebab dah peram menu ni 2 minggu..

Sakit klu nak datang tiba2 je kan...makanya pada masa yang sama peti sejuk pun masa tu memeram bahan mentah yg dibeli dari Cameron Highland yang sebahagiannya rosak begitu saje...sayang rasanya, kira bukan rezeki untuk dimakan.Nasib baik tak memborong sakan, jawabnya mmg rasa kesal tak sudah..

Jomlah cuba kari Che Jah ni, memang sedap sangat bagi saya..harus try, pasti berbaloi menikmatinya.
KARI KEPALA IKAN CHE JAH
resepi:Che Jah Bakar
Sumber:Amie

Bahan-bahan:
Kepala ikan bawal, jenahak, tenggiri dll
5 sudu makan rempah kari ikan
Sejemput/ secubit halba
Sejemput/secubit biji sawi
2 biji terung bulat- belah 4 (sy tak letak)
10 batang kacang bendi (sy tak letak)
1/4 cawan santan pekat
Sedikit asam jawa-bancuh dengan 1 cawan air
1 pelepah daun kari lurutkan
Garam/ gula/perasa pilihan

Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sejemput/ secubit jintan putih

Cara:
1.Goreng kepala ikan setengah masak dan ketepikan.
2.Gaul bahan tumbuk dengan rempah kari ikan hingga sebati (saya tambah sedikit air).
3.Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga layu dan berbau harum.
4.Masukkan bahan rempah kari, daun kari halba serta biji sawi dan tumis kacau hingga terbit minyak.
5.Masukkan air asam jawa, terung dan kacang bendi dan biarkan sehingga mendidih- sekiranya kuah terlalu pekat atau air terlalu sedikit, boleh tambahkan air sedikit lagi.
6.Masukkan kepala ikan.
7.Tambahkan santan pekat.Biarkan seketika sehingga masak.
8.Perasakan dengan garam, gula, perasa pilihan.

Jumaat, 14 Jun 2013

Menu Berpantang;HARUAN KUKUS


Assalamualaikum..
Menu ni dah berlalu 3 minggu yang lepas.Ringkas tapi sedap dengan  aroma minyak bijan yang harum.Bukan dalam pantang pun boleh je menikmatinya sebab dah kompem sajian sihat...Sedap tau, belum cuba belum tahu.. ;D

HARUAN KUKUS
Oleh;rohah

Bahan-bahan;
1 ekor ikan haruan- saiz besar
3 cm halia- tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
Lada hitam secukupnya- tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak bijan secukupnya
Daun sup secukupnya

Cara;
1.Didihkan air dalam periuk kukusan.
2.Sediakan bekas yang sesuai.Urapkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama sedikit  garam.Titiskan minyak bijan.
3.Kukus selama 20 minit.
4.Hidangkan bersama hirisan daun sup.