Memaparkan catatan dengan label Kek Keju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Keju. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

MARKISA SLICE CHEESE CAKE ..Selamat Hari Bapa




Assalamualaikum..
Selamat Hari Bapa untuk ayahanda tercinta juga especially hubby di sisi..Besar pengorbanan kalian berdua yang bergelar seorang bapa, kerana kalian berdua, kini aku berada di sini.Semoga pengorbanan kalian diberkati.

Atas pujukan anak dara, saya telah berjaya menyiapkan sebiji kek sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari ni...Asal ada kek katanya, sebab ummi tak bagi apa2 kat abah, ujarnya..ahaii...
Yahh, ummi bersetuju, mentelahan saya sememangnya ada cadangan untuk membuat kek keju yang bertoppingkan buah markisa yang saya  beli di Cameron Highland minggu lepas.Susah nak jumpa buah tu di pasar2 biasa.


Kek yang terhasil dari kepingan keju ini sangat gebu dan lembut bila disuap ke mulut.Baik struktur dan rasanya sama seperti Cotton Soft Japanese Cheese Cake..Tak ada topping pun dah cukup lunak untuk dinikmati.Walaupun kek saya ni dimasuki air bain marie, kek ni tetap sedap dijamah bersama isi markisa yang masam2 manis..TQ buat Ros@ jintanmanis kerana sudi berkongsi resepi kek ni.





MARKISA SLICE  CHEESE CAKE
Resepi:Ros@Jintan Manis(SLICE CHEESE CAKE)
Bahan-bahan:   (loyang 18 cm)
4-5 slice keju cheddar
200 ml susu segar
70 gm butter atau marjerin
70 gm tepung gandum - diayak dahulu
70 gm gula
4 biji telur saiz M
Beberapa titik esen vanila

Cara-cara:
1.Carikkan cheese slice kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slices cheese tadi cair.Kacau sentiasa.
3.Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4.Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6.Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunna rata.Gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.Curah adunan kek ke dalam acuan.
7.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah celcius selama 40 minit.Gunakan acuan kek 18 cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan struktur kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.Kek ini lembut dan ringan, tak rugi mencubanya.

Peringata:pastikan meringue betul-betul kental, cara nak tahu meringue dah kentaL ialah dengan cara mneterbalikkan bekas adunan dan meringue tidak akan jatuh.Kalau tak guna cara bain marie pun tak apa, janji ikut suhu betul2.

Topping
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
3 biji buah markisa - ambil isinya
2 sudu kecil gelatin halal*
1/3 sudu kecil agar-agar* -rendam bersama beberapa minit.
40 ml air*
1 sudu kecil gula

Cara:
1.Satukan gelatin halal dan serbuk agar-agar bersama air.Biarkan beberapa minit.
2.Tambahkan gula, masak sejekap atas api perlahan dan kacau hingga likat, masukkan isi buah markisa, kacau sebati dan matikan api.
3.Sejukkan pada suhu biasa sekejap kemudian masukkan dalam peti ais anggaran 10 minit.
4.Ratakan di atas permukaan kek.Hidangkan.

Dari Si Abang


Dari Si Kakak

Khamis, 31 Januari 2013

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


Assalamualaikum..
Kalau nak tahu, kek inilah yang Q bertahun untuk dibuat...Sebenarnya pernah buat untuk pertama kalinya pada tahun 2010, masa tu baru nak kembali berjinak2 membuat kek dengan minatnya, tapi hampa..tak jadi..cik tong tolong jawab.He..hee..ada la tu kesilapan teknik oleh diri sendiri...Sehingga serik makan tahunlah kononnya..kehkeh...


2013 menyuntik semangat membara nak buat untuk kali kedua, dan dah lama juga simpan resepi Anna Qawina ni sebab terpikat dengan tayangan pic keknya, terus saya simpan untuk di buat rujukan..Alhamdulillah menjadi walaupun ada kebanjiran pada dasar kek sebab saya guna loyang yang boleh buka dari bawah tu.Time nak bakar kek, loyangnya tetap saya balut dengan kertas alumunium foil dan siap celoytape lagi biar air tak masuk, (memang over confident) tapi alah segalanya..air nak masuk juga!! Tersedar kek ku kebanjiran ketika mahu dikeluarkan dari loyangnya...Serik kot lepas ni nak pakai loyang jenis tu untuk buat kek ni..hehe..(Tapi sebenarnya boleh je guna loyang yg saya maksudkan tadi, dengan syarat beli aluminium foil yang saiz besar).Hari tu saya guna foil yang saiz biasa..so kelebarannya memang terhad.

So, TQ untuk Alma@MYR & Anna Qawina kerana berkongsi resepi..Memang selembut kapas..makannya memang tak ingat diet..he hee..

COTTON SOFT  JAPANESE CHEESECAKE
Resepi:Alma@MYR
Sumber:Anna Qawina

Bahan-bahan:(Loyang bulat 9")
Bahan A:
250gm cream cheese
50gm butter
100ml susu segar @ (70ml susu cair+30ml air)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon @ 1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu kecil garam
60gm tepung kek/ superfine/ tepung gandum | ayak 3 kali
20gm tepung jagung

Bahan B:
140gm gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon @ 1 sudu teh cream of tartar

Cara:
1.Untuk bahan A:
Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler.Kacau-kacau dengan whisk sehingga sebati.Bila sudah cair, sejukkan adunan cream cheese tadi.Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (Gaul guna senduk kayu saja)

2.Untuk bahan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih-buih (foamy).Selepas itu tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk. (soft peak)

3.Campurkan adunan bahan A tadi ke dalam adunan bahan B yang sudah gebu dan kacau sampai sebati.Sediakan tin/ bekas kek yang bulat berukuran 9 inci, yang digriskan bawahnya dan di alas dengan kertas baking.Tepi loyang tidak perlu digris.Tuang adunan kek ke dalam tin kek.

4.Bakar kek kira-kira 1 jam dengan cara au bain-marie (water bath) pada suhu 160 darjah celcius/ 325 degrees F.
Water Bath:Sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yang berisi air panas.

5.Bakar hingga masak, test guna lidi.Jika sudah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tidak mendap @ turun mendadak.Sisip tepi kek dan terbalikkan.Hiaskan dengan filling kesukaan,sedap di makan sejuk.

Blueberry Topping
Sumber:AlongRoz@MYR

Bahan-bahan:
1 sudu teh gelatin / serbuk agar-agar
30ml air
150gm blueberry  pie filling/ apa2 filling kesukaan (saya guna strawberry filling)

Cara:
Campurkan gelatin/ agar-agar dengan air.
Panaskan sebentar dan campurkan blueberry.
Sapukan ke atas cheesecake dan sejukkan sebentar




Selasa, 23 Oktober 2012

KEK CHEESE BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE


Assalamualaikum...
Selamat malam rakan2 yang dikasihi, bertemu lagi di sini..alhamdulillah.Mudah-mudahan ada keberkatan dari yang Esa.Beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut Aidil Adha, semoga kita dapat meraikannya dengan penuh kesyukuran.

Hari ni ingin berkongsi rasa Kek Chesee Bersalji yang sangat mabeleeessss, kaya ngan rasa lemak2 cheese..Memang teruja bila tengok kawan2 kat luar sana dah mencuba kek ni.Lagi terpaut hati saya bila ternampak  Kak dZana punya kek hari tu, simpan terus hajat tu menjadi rindu membara nak membuatnya & teringin nak makan semenjak dua menjak ni.Kali ni memang tak berlengah2...
Mengasyikkan.. 
TQ kepada pemilik resepi ini dan kak dZana yang sudi berkongsi rasa...

KEK CHEESE BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE
              Kak dZana@Inspirasiku 

Bahan-bahan:
6 biji telur (buang 2 putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung Hong Kong (Blue Key Superfine pun boleh juga)-saya guna Self Raising Flour
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder (saya tak letak) 
2 sudu makan ovalet
75gm mentega | dicairkan

Bahan Untuk Krim:
1 kotak cream cheese Philadelphia (saya guna cream cheese Tatura)
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

Bahan Untuk Topping:
1/2 kotak Kraft Cheddar Cheese |  parut
Esen Vanila (saya tak letak)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sedikan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar  dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit hingga ke 1 jam, dengan kepanasan 150 darjah celcius.(saya bakar 1 jam lebih: ikut oven masing2)
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong ditengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese Kraft yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.(Guna mata parut yang halus).
9.Masukkan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.Selepas itu barulah dipotong.



Khamis, 24 Mei 2012

KEK KEJU KUKUS




Pantasnya masa berlalu....macam tu lah putaran waktu menyapa kita saban hari.Moga hari yang bakal dilalui membawa seribu makna buat kita, insyaAllah...


Ada senang..???
Sebab tu lah saya bikin kek ni untuk kedua kalinya.Pernah buat DULU, tapi buat separuh adunan je.Enak, lembut, gebuss...Kali ni  teringin buat dan makan lagi, dan inilah hasilnya.Untuk resepi asal boleh juga lihat di SINI.Empunya resepi ini ialah Chef Norzailina Nordin.Tq Chef...


KEK KEJU KUKUS
Resepi:Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:( Loyang/Tin 22 cm )
6 biji putih telur
200 gm gula kastor
500 gm krim keju (suhu bilik)
250 ml krim putar
6 biji kuning telur
100gm tepung gandum
1 camca strawberi emulco
Sedikit pewarna merah
1 camca coklat emulco

Cara-cara:
1.Lengserkan tin pembakar dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
2.Putar krim keju hingga halus.Masukkan separuh gula dan putar hingga gebu.
3.Masukkan krim putar, kuning telur dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
4.Putar putih telur dengan baki gula hingga kental.Ketepikan.
5.Kaup balikkan putih telur ke dalam adunan dan kacau rata.
6.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
   a)Adunan asal
   b)Bubuh strawberi emulco dan pewarna merah pada satu bahagian
   c)Coklat emulco pada satu bahagian lagi.
7.Sendukkan adunan secara berselang-seli ke dalam acuan.Kukus selama 45-50 minit atau sehingga masak.Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Khamis, 23 Februari 2012

KEK KEJU MANGGA




Assalamualaikum..Selamat malam dan moga berbahagia anda semua di luar sana.Buat kek keju lagi....So sweet..., memang saya suka.Jom layan..




 KEK KEJU MANGGA

Resepi : Noraini Zakaria

Bahan biskut:
180gm biskut Marie | kisar (saya gabungkan dengan biskut cracker)
70gm mentega | dicairkan

Bahan kek:
250gm krim keju
250gm krim putar
90gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal
2 biji mangga | dipotong dadu
Sedikit pes mangga atau esen mangga (jika ada) 

Cara membuat:
1.Sediakan tin bulat 7" jenis 'loose tin' yang boleh dibuka dibawahnye.
2.Biskut:Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut dan digaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3.Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat.Simpan dalam peti sejuk sebentar.
4.Dalam bekas lain, pukul krim keju, pes mangga dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.Panaskan gelatin dan air hingga cair.Setelah sejuk tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan pukul sebati.Masukkan krim putar dan pukul sebentar sahaja.Kemudian masukkan mangga dan ratakan.
6.Tuangkan adunan ini ke atas lapisan biskut yang telah keras.Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.


Ahad, 19 Februari 2012

TIRAMISU CAKE







Assalamualaikum...
Apa khabar semua..Didoakan anda semua ceria di malam minggu yang indah permai ni..Saya sebenarnya sedang menanti kunjungan tetamu yang dikatakan bakal kunjung tiba walaupun malam sudah melabuhkan tirainya.Ting Tong, jam kat dinding tepat sudah pukul 12.00 tgh malam..Mane duhai tetamu ku ini??? Belum sampai2 lagi...Aku setia menanti...sesat ke?? mungkin tidak..Mereka ialah rakan-rakan2 sekolah rendah semasa kat kampung dulu..


Cake ini memang dah diplan untuk dibuat jumaat petang semalam.Kebetulan salah seorang rakan menyatakan hasratnya untuk buat program ziarah menziarahi start petang sabtu..Memang padan sangatlah, sekurang2nya ada tetamu yang nak jamah..So misinya alhamdulillah berjalan lancar..Inilah hasilnya.Sebenarnya daku teringan sangat nak merasa kek tiramisu...Dapat juge beri kat jiran sebelah rumah..Camne kak ngan rasa kek ni?? komen la sikit!!! Sedap tak..Hehe..moga my neighbour kat sebelah rumah ni dapat membaca  blog saya ni...




TIRAMISU CAKE
Sumber resepi:Mariana Osman

Bahan-bahan untukTiramisu Filling:
500gm Mascarpone Cheese (saya guna cream cheese)
125gm gula aising
500gm whipping cream
2 sudu kecil esen vanilla
20gm gelatin
80gm air panas
Biskut tiramisu (lady fingers) secukupnya
Sedikit serbuk koko sebagai taburan di atas kek nanti

Bahan-bahan untuk Coffee Syrup:
4 sudu besar serbuk Nescaffe (saya guna  Indocafe Coffemate)
250gm air panas mendidih
4 sudu besar gula kastor

Cara membuat Tiramisu Filling:
1.Kacau gelatine dengan sedikit air panas (kacau>larut).Ketepikan.
2.Pukul whipping cream bersama esen vanila menggunakan whisk (soft peak).
3.Dalam bekas lain pukul mascarpone cheese dengan gula aising (pukul lembut).
4.Masukkan aduan cheese dalam whipping cream tadi.
5.Pukul lagi pada kelajuan kecil.
6.Masukkan bancuhan gelatine dan pukul lagi.Ketepikan dulu.

Cara membuat cake:
1.Celupkan lady fingers sekejap dalam coffee syrup.
2.Susun lady fingers dalam springform cake pan (saiz 9").
3.Masukkan adunan cheese tadi.
4.Lapiskan dengan lady fingers lagi.
5.Tuang adunan cheese.
6.Simpan dalam peti sejuk semalaman.
7.Bila kek sudah keras, taburkan dengan serbuk koko.
8.Hias ikut kreativiti masing-masing.







Isnin, 6 Februari 2012

KEK KEJU MARBLE






KEK KEJU MARBLE
Resepi:Chef Hanieliza



Bahan-bahan:
Bahan A:
250gm krim keju
30gm mentega
30gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
2 biji limau kasturi ambil jusnya (sy guna jus lemon)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:

3 biji putih telur gred A
30gm gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil coklat emulco

Cara memasak:
1-Panaskan oven 140C.
2-Pukul krim keju, mentega dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
3- Masukkan telur kuning satu persatu.
4- Masukkan esen vanila dan jus lemon.
5- Masukkan semua bahan B ke dalam mangkuk yang lain dan pukul sehingga kemnang menjadi ringan dan gebu.
6- Campurkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata.
7-Masukkan tepung jagung ke dalam adunan perlahan.Kacau rata.
8- Bahagikan adunan kepada 2:
i)1 bahagian dibiarkan warna asal
ii) 1 bahagian dicampurkan dengan coklat emulco.Kacau.
9-Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak.Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dengan coklat.
10-Bakar secara Steam- Bake sehingga masak (1 jam dgn suhu 140 drjh C)
11-Potong dengan pisau pelastik yg telah dicelupkan dengan air panas apabila kek telah betul2 sejuk.




Selasa, 27 Disember 2011

KEK KEJU STRAWBERI



Assalamualaikum...

First time saya buat kek keju chilled ni sebenarnya..alhamdulillah memuaskan rasanya walaupun tidaklah sesempurna mana..Memang sedap. Apapun terima kasih untuk Chef Noraini yang sudi berkongsi resepinya.Cuma, untuk lapisan bawah kek ini saya guna biskut marie kisar.



KEK KEJU STRAWBERI
Resepi:Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)

Bahan-bahan:
  • (1 biji kek span vanila bersaiz 8")
       :::Bahan kek span:::
       120 gm gula kastor
       10gm ovalette
       4 biji telur gred A
       130 gm tepung kek/superfine
       1 sudu teh serbuk penaik
       40ml air
       60gm minyak masak atau mentega cair
       1 sudu teh esen vanila

  • 250gm krim keju                        
  • 120gm gula kastor
  • 15gm gelatin halal
  • 60ml air
  • 200ml krim putar
  • 7 biji buah strawberi | dicincang halus
  • 1 sudu teh emulco strawberi
Cara membuat:
1.Sediakan tin bulat jenis 'loose tin' bersaiz 7"x3" yang boleh dibuka bahagian bawahnya.
2.Kek span dibelah dua lapisan dan hiris sedikit kelilingnya agar boleh dimasukkan dalam tin.Ambil satu lapisan kek dan letakkan  pada dasar tin tersebut.
3.Krim putar dipukul sehingga kembang dan pekat.Simpan dalam peti sejuk.
4.Dalam bekas lain, pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.Gelatin dan air dipanaskan hingga cair.Setelah gelatin sejuk, tuangkan ke dalam adunan krim keju tadi dan putar hingga sebati.Kemudian masukkan krim putar (yang telah dipukul), buah strawberi dan emulco strawberi.Putar sebati sebentar saja.
6.Tuangkan ke atas kek span tadi dan simpan selama 5 jam dalam peti sejuk.
7.Jika suka sebelum dihidang, hiaskan dengan buah strawberi.






Untuk adunan kek span saya telah gantikannya dengan biskut marie yang dihancurkan.Sukatan bahannya merupakan adaptasi dari sukatan Kek Keju Mangga oleh Noraini Zakaria/Kompilasi Hidangan Berkeju.

Bahan-bahan:
210gm biskut Marie | dikisar
70gm mentega | dicairkan.

Cara:
Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut dan digaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.