Memaparkan catatan dengan label Pancake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pancake. Papar semua catatan

Selasa, 9 April 2013

PANCAKE PISANG


Assalamualaikum..
Selamat pagi dan bersiaran lagi.Gara2 banyak sisiran pisang hasil tandan pisang yang berbuah pusingan kedua baru2 ni, saya cuba mencari-cari resepi pancake untuk dibuat sajian minum petang.Teringin juga nak buat lempeng pisang, tapi takut anak2 saya tak nak jamah.Saya pun dah makan belasan tahun tak membuatnya.Kalau dulu masa saya kecik2 lagi, lempeng pisanglah yang memenuhi meja makan saya dan keluarga saban minggu.

Untuk pancake ni budak2 boleh terima, maybe sebab cara olahannya seakan-akan apam balik kot...Sediakan sahaja sos coklatnya, diaorang memang guaranty suka.Untuk resepi ni saya dapatkan dari laman Sajian Sedap iaitu dari seberang Indonesia.Saya dah alih bahasa ke BM.Untuk versi bahasa asal bolehlah rujuk di SINI ye.

PANCAKE PISANG
Resepi:Sajian Sedap

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum 
25 gm gula pasir halus
2 ulas pisang  | lecek (resepi asal tak ada)
2 sudu teh baking powder
250 ml susu cair*  | satukan bersama bahan bertanda (*) & kacau rata
1/2 sudu kecil cuka* 
1 biji telur | kacau
20 gm marjerin | cairkan

Bahan taburan/ olesan:
75 gm bijian kekacang
50 gm coklat masakan | cairkan (saya guna sos coklat)
Pisang ambon | potong bulat (saya guna pisang awak)

Cara membuat:
1.Campur tepung gandum, gula pasir halus dan baking powder.Gaul rata.
2.Masukkan campuran susu cair telur dan pisang lecek.Kacau rata.Tambahkan marjerin yang dicairkan.Kacau rata.
3.Tuang di pan/kuali leper berdiameter 8 cm di atas teflon.Biarkan setengah masak.Angkat dan balikkan.Biarkan masak

Jumaat, 23 Disember 2011

PANCAKE



Assalamualaikum..
Selamat malam buat semua...Kali ni try buat pancake.Nak bagi anak-anak saya rasa..alhamdulillah anak-anak saya suka.Suspen gak kalau diaorang tak nak jamah untuk sarapan pagi semalam.Penangannya habis terus peanut butter kat dapur..ehehe..O.k sangatlah tu..boleh buat lagi lain kali.


PANCAKE
Resepi:AlongRoz
Bahan-bahan: (lebih kurang 8 biji)
115 tepung gandum 
1 sudu kecil (5gm) soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) krim tartar
25gm butter
1 biji telur
150ml susu segar
1 sudu besar gula
Secubit garam

Cara-cara:
1.Campurkan tepung dan soda & krim tartar (kalau rajin ayak).
2.Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti (jangan digaul terlalu lama nanti berketul macam doh).
3.Lubangkan tepung di tengah-tengahnya.Gaulkan telur (dipukul dulu sedikit) & susu.Gaul sebati.
4.Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancakes yang panas dan dilengser dengan sedikit minyak.
5.Masak sehingga ada buih-buih udara dan tunggu sehingga buih-buih tu pecah baru diterbalikkan.
6.Hidangkan dengan sirap favourite anda-maple syrup, honey, butter atau ice cream.Makan panas-panas lagi best..