Memaparkan catatan dengan label Serimuka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serimuka. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mac 2013

SERIMUKA PANDAN


Assalamualaikum...
Selamat malam dan selamat beristirehat..Mungkin dah ada yang terlena dibuai mimipi2 indah.Semoga esok hari menjanjikan suasana tenang dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan lancarnya.

Kuih Serimuka Pandan ke udara malam ni, buatnya minggu lepas.Banyak kali dah buat menggunakan resepi ni, tapi tak sempat nak diabadikan fotonya.

Saya memang penggemar tegar kuih serimuka, dapat pulak resepi yang enak macam ni, memang ulang2 buatlah gamaknya.TQ untuk Chef Asma atas resepinya, juga kak Bdaria yang sudi memanjangkan resepinya.
SERIMUKA PANDAN
Resepi:Chef Asma
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")

Bahan Lapisan Bawah:
500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.
6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir (asal 300 gm)
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Nota rohah:Saya sapukan loyang dengan minyak dan lapikkan dengan plastik.




Isnin, 5 November 2012

SERIMUKA ABC



Assalamualaikum...
Salam mahabbah buat rakan maya Damai Qalbu, moga semua dalam keberkatanNya, amin...Hari ni agak lemau ke dapur sebenarnya, tapi hati ini berkobar2 ingin membuat serimuka memandangkan ada lebihan bahan yang perlu dibereskan supaya tidak membazir..Telah dibayang2kan kejadiannya dalam beridea untuk membuat Serimuka ABC ni, alhamdulillah menjadi dengan eloknya.Resepinya bolehlah dilihat di bawah ye.


SERIMUKA ABC
Resepi:rohaisha

Lapisan Bawah
Bahan-bahan:(Loyang 10x10x3")
2 cawan beras pulut | rendam
2 cawan santan 
1 sudu besar garam (ikut suka)

Cara:
1.Rendamkan beras pulut selama 1-2 jam, kemudian cuci dan toskan.
2.Didihkan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
4.Setelah masak, tekan dan padatkan sedikit.(Nak mudah, guna penekan untuk kek lapis)

Lapisan Atas
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar tepung beras*
2 1/2 cawan santan pekat*
1 biji telur*
1 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
1/2 cawan cendol (toskan airnya) + pewarna hijau + 1 sk perisa pandan
1/2 cawan @ lebih kacang merah ABC (yg telah direbus) + pewarna merah jambu
1/2 cawan jagung krim (dalam tin) + pewarna kuning

Cara:
1.Satukan kesemua bahan bertanda (*) dalam pengisar (blender) dan kisar hingga hancur.
2.Tapiskan adunan.Bahagikan sama rata kepada kepada 3 mangkuk/ bahagian  & kacau rata:
i-Adunan + pewarna  kuning + jagung krim
ii-Adunan + pewarna merah jambu.**Kacang ABC ditabur kemudian, ketika hendak mengukus lapisan ini.
iii-Adunan + pewarna hijau + cendol 
3.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (i)  ke atas pulut yang telah ditekan tadi.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
4.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (ii) pula.Taburkan kacang merah ABC serata yang mungkin.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
5.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (iii)  sebagai lapisan terakhir.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 25 minit.
6.Matikan api.
7.Sejukkan kuih sekitar 3 jam dan barulah boleh dipotong.

note:Saya sapukan loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik dan barulah mulakan aktiviti mengukus.






Khamis, 21 Jun 2012

SERIMUKA DURIAN



Assalamualaikum & selamat petang...
Sinonim dengan musim durian sekarang ni, raja segala buah, mahunya buka peti sejuk pun tak hilang2 bau durian.Sampaikan kekadang bau yang terbit seakan-akan 'bau gas masak' kita bocor..sungguh "keliru"!!!.
Bila masuk ruang dapur & ketika itu tak ingat kita ada simpan durian dalam peti ais, mesti ada yang terpacul berkata begini;
"Eeihhh??? bau apa ni?? macam bau gas lah!"...Aha...itulah yg selalu berlaku dalam rumah saya...kalau tak saya sendiri yang berkata cam tu, suami, malahan anak2.Bila "tukang masak" ni tetiba teringat simpanan stock durian, maka segerah saya menjawab.."Emmmhhh, bau durianlah..!!"
Cerita pasal kisah durian, bila jalan mane2 mesti jumpa orang jual durian..kiri kanan situ sini..aaadeee je durian kan...Banyak kali saya buat serimuka durian tapi asyik tak menjadi je...huhu, sabar je lah kan..Tapi sy memang tak serik nak try lagi.Kali ni belek resepi kak Yatie, alhamdulillah, tak kecewa daku kali ni, memang terrrrase "duriannya".Puas hati tawwww...TenQ kak...
Resepi kak Yatie boleh tengok di sini.


SERIMUKA DURIAN
resepi:Yatie

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah (loyang 10")
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
Sedikit garam

Cara-caranya:
1.Cuci pulut dan rendamkan dalam 4 jam.
2.Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan tuangkan santan cair yang bercampur sedikit garam.Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
3.**Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan-bahan untuk lapisan atas.
4.Setelah masak, angkat dan tekan-tekankan sehingga padat.
5.Masukkan ke dalam kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:
3 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 sk garam

Cara-caranya:
1.satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
2.Masukkan tepung gandum dan tepung kastard dan garam..kisar lagi (kalau blender tak muat, kisar separuh-separuh)
3.Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.Tambahkan sedikit pewarna kuning.
4.Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dalam masa 10 minit dan sentiasalah dikacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan-akan susu pekat.
5.Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagis elama 20 minit dengan api sederhana.
6.Bila kuah sudah masak, angkat dan sejukkan.Bila dah sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Gunakan 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair.Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak.100ml santan pekat dan selebihnya air untuk kuantiti santan cair.300ml santan pekat dan selebihnya air untuk adunan santan pekat.Selamat mencuba.


Selasa, 21 Februari 2012

KUIH SERIMUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lemau sikit beberapa hari ni nak mengentri resepi2 yang semakin bertimbun menunggu Q.Tak apalah, asalkan jalan walaupun slow je nampaknya.Hari ni saya nak sharekan resepi kuih serimuka yang mudah untuk dibuat.Sebelum2 ni dah banyak kali saya buat kuih serimuka yang menjadi pebret saya, tapi asyik tak sempurna je hasilnya.Kali ni alhamdulillah, puashati rasanya..memang dendam kesumat untuk membuatnya, ni pun ntah keberapa kalinya.Ucapan tq buat tuan punya asal resepi ini, dan sumbernya telah saya dapatkan dari fb Kak Sue Hashim, tq sekali lagi untuk beliau pula.Cuma di sini saya ada olah sikit2 sukatannya, begitu juga dengan tutor tatacaranya.. 

KUIH SERIMUKA
Resepi asal:Cafe Serimuka
Sumber:Sue Hisham
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Bawah:
300gm beras pulut | cuci & rendam 1 jam
2 cawan santan
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Tapiskan/toskan beras pulut, kemudian griskan loyang dengan minyak.Gaulkan sebati beras pulut bersama garam dan santan (ukuran santan hendaklah separas dengan beras pulut).
2.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit

Bahan Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur (resepi asal tak letak telur)
2 sudu besar  jus pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dan blendkan (saya kacau guna whisk je).
2.Angkat pulut yang dikukus tadi dan kacau alih.Kemudian alihkan ke alam loyang berukuran 8" yang dialas dengan plastik.
3.Tekan-tekan pulut agar padat.Carikkan sedikit permukaan pulut menggunkan garfu.
4.Tuangkan adunan yang diblend tadi ke atas pulut, kemudian tutup dengan foil.
5.Kukus selama 40-45 minit.
6.Biarkan sejuk baru dipotong.