Memaparkan catatan dengan label Telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telur. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2015

TELUR IKAN DURI MASAK KUNING


Assalamualaikum..
Inilah antara menu yang menjadi pebret saya..heheee.Dari sekecil-kecil telur ikan, sampailah segodang godang saiz..sedap diratah macam tu je.Telur ikan duri ni lemak2 gitu dan saya suka makan yang separa masak.Bila digigit boleh meletup lagi..heeheee.Apapun semua terpulang pada citarasa masing2.

Asal ada telur dalam perut ikan duri, adunan resepi ni lah yang saya gunapakai.Bagi saya teramat ringkas dan mudah.Mungkin ada resepi2 lain yang lebih meneyelerakan untuk penyajian telur ikan ni.Lain kali bolehlah dicuba untuk merasai kelainannya. 
TELUR IKAN DURI MASAK KUNING
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
500 gm telur ikan duri, kukus
4 biji bawang merah, tumbuk
2 ulas bawang merah, tumbuk
2 tangkai cili hidup, tumbuk
3 inci halia, ketuk
3 cm kunyit hidup, tumbuk
2 batang serai, ketuk
Air asam jawa
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara
1. Kukus telur dengan air mendidih selama 15 minit atau separuh masak.
2.Sediakan bahan tumbuk dan tumiskan bersama serai dan halia hingga layu.
3.Masukkan air dan renehkan seketika.
4.Masukkan telur yang telah dikukus, kacau rata.Bubuhkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
5.Teruskan mereneh dengan api yang perlahan.Tutupkan kuali dengan tudung periuk untuk beberapa minit.(pastikan telur  tidak dimasak terlalu lama kerana telur akan menjadi keras dan liat).
6.Tutup api setelah telur masak.

Isnin, 18 November 2013

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum...
Telur itik je....sedap kan kalau sesekali makan...Makan pun bagai tak hengattt..hi2..Macam nak cekup 2 biji sekali time makan nasi..
TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API
Oleh;rohah

Bahan-bahan:
6 biji telur itik
Santan secukupnya
3 ulas bawang merah | kisar
2 cm halia| kisar
3 cm kunyit hidup | kisar [guna kunyit serbuk jika takde]
15 biji cili padi merah | kisar
2 cm belacan | kisar
1 keping asam gelugur
2 tangkai serai | dititik
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik aroma.Masukkan santan dalam periuk.Kacau.
2.Masukkan/pecahkan telur setelah kuah mereneh.Tutupkan kuali dan masak dengan api sederhana.Kacau kuah sehingga telur mulai masak.
3.Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
4.Matikan api dan hidangkan.

Sabtu, 23 Mac 2013

BOTOK TELUR MASIN

Assalamualaikum..
Selamat bermalam minggu....Semoga dipermudahkan segala urusan.Cuti persekolahan pun dah bermula, mungkin ada yang sudah merancang untuk holiday bersama anak2 & family tersayang.Saya tak kemana, coz anak bersekolah tambahan untuk persediaan UPSR & PSRA.

BOTOK TELUR MASIN?? Ingatkan botok ni sesuai diguna pakai oleh orang je, kat telur pun boleh lekat nama ni jugak rupanya..aisshh!! tapi ingat, botox yg tu haram kan...melalut ke situ pulak dah..Ahaaa, mulanya pun agak berkata2 juga hati saya bila terbaca tajuk resepi ni di majalah, sebab unik sangat kot nama dia.Tapi pada masa yang sama, teringin nak mencuba..'malu tapi mahu'..Ada gitu!!! Adatlah tu kan.

Mungkin ada sesetengah orang kurang gemar makan telur masin...tapi saya tidak..lagi2 kalau ada masak lemak, memang sepadan sungguh.Tapi bukan satu amalan ye makan telur masin ni..boleh bilang dengan jari dalam setahun.

Botok Telur Masin ni, diapunya rasa??? SEDAP!!.Itu kata saya, orang lain saya tak tahu..kalau nak tahu kenalah cuba.Cuma series saya kata, agak sukar membungkus telur masin ni sepertimana membungkus tapai, sebab struktur telur ni cair, tambah santan lagi...memang tumpah..itu yang berlaku pada saya..habis hanyir baju masa tu terkena tumpahan telur ni..Tapi selesai masalah cara pembungkusan ala2 tapai ni jika melibatkan 2 orang, sorang pegang dan sorang lagi tolong lipat..fuhh!! Kebetulan ada my younger sister  masa tu, so selepas kejadian tumpahan telur untuk pembungkusan pertama, saya terpaksa memerlukan perkhidmatan beliau.Jadi saya cadangkan sesiapa yang nak mencuba, mungkin ada idea/ cara lain yang lebih mudah bolehlah dipraktikkan.Rugi tak cuba tau, sebab telur ni bila dah masak, macam2 aroma ada yang menyedapkan rasa..
BOTOK TELUR MASIN
Resepi:Majalah SEDAP

Bahan-bahan:
5 biji telur masin mentah
4 cm lengkuas | hiris nipis
5 helai daun salam
5 tangkai daun selasih | lurutkan dari tangkai
150 ml santan dari 1 biji kelapa (saya guna 100 ml santan kotak)
Daun pisang untuk membungkus (saya layur dulu supaya lembut)
Lidi 

Bahan Hiris:
8 biji bawang merah (saya guna 5 biji)
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah besar
3 biji cili padi merah
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir

Cara membuatnya:
1.Campurkan santan dan bahan hiris.Kacau rata.
2.Ambil sehelai daun daun pisang.Letakkan daun salam dan lengkuas.Pecahkan 1 biji telur masin.Curahkan 3 sudu makan campuran santan.
3.Taburkan daun selasih.Bungkus berbentuk bungkusan tapai dan kemaskan dengan lidi.
4.Kukus selama 25 minit dalam periuk kukus yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.

Nota rohah:kaedah pembungkusan seperti membungkus tapai agak sukar bagi saya, jika berkreativiti bolehlah dibungkus dengan cara lain.Tapi kalau nak mencuba juga, sememangnya tak menjadi kesalahan..



Khamis, 14 Februari 2013

KARI TELUR


Assalamualaikum..
Selamat malam rakan2 maya yang dikasihi.Bersiaran lagi malam ini.Alhamdulillah, kita masih dapat lagi mengecapi sebahagian nikmat yang Allah beri.Semoga bermanfaat.
Sesiapa yang gemarkan kari, pastinya apa jua hidangan berasaskan kari tidak akan menjadi hal.Cuma bezanya, olahan air tangan seseorang dengan yang lain mungkin ada perbezaan, walaupun tak banyak, sedikit pasti ada.Tak kisahlah kan, asalkan kita berpuas hati dengan apa yang kita hasilkan.
Minggu lepas mengidam makan kari telur..opppss!! bukan mengidam betul, mengidam sebab teringin makan je, sebab dah laaaaaama sangat tak buat kari telur.Lagipun anak2 memang suka makan kari, tak kiralah kari apapun.Cuma saya lebih gemar masak kari menggunakan susu cair/ sejat.Resepinya pun biasa2 je, semua orang boleh bikin maaa..Lintas langsung resepinya di bawah ye..
KARI TELUR
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
6 biji telur
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Sedikit udang kering*
1 tangkai cili merah* |  kisar semua bahan (*)
1 labu bawang besar | cincang
1 biji tomato | belah empat
1 tangkai cili hijau | potong dua
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 sudu besar serbuk kari ikan | bancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil cili giling
Daun kari secukupnya
2 cawan air
1/2 cawan susu cair (kalau tak suka boleh guna santan pekat kotak)
Sedikit air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar,  daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga terbit aroma.Masukkan bahan kisar dan cili giling.Kacau dan dimasukkan pula serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air dan bancuhan air asam jawa.Renehkan.Dengan api yang perlahan, masukkan susu cair.Perisakan dengan garam dan gula.Biarkan mereneh sekejap barulah dipecahkan telur satu demi satu.Teruskan mereneh, masukkan hirisan tomato dan cili besar hijau sambil dikacau sedikit kuahnya.
3.Biarkan sehingga  telur masak.
4.Tutup api dan hidangkan.

Ahad, 29 April 2012

TELUR ANAK MENANTU



Salam manis..
Sesekali tukar menu pulak eih...Hidangan lauk yang sempat saya cuba, mudah & sesimple yang mungkin untuk masakan telur ni, iaitu  resepi ori dari Siam yang telah saya dapatkannya dari sebuah majalah yang saya sebutkan di atas.Unik namanya tu, para menantu harus cuba resepi ni, mesti mak mertua sayang..hi hi..
Resepinya kat bawah tu..



TELUR ANAK MENANTU
Resepi:Resepi Ori Dari Thai (Buku MAKANAN SIAM)

Bahan-bahan:
8 biji telur
2 sudu makan minyak masak

Perasa: (saya gandakan kuantiti untuk kuah)
2 sudu gula merah
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan jus asam jawa

Hiasan:
1/ cawan daun ketumbar|dicincang (saya guna daun sup)

Cara-cara:
1.Masukkan telur-telur itu ke dalam air sejuk.Didihkan air dan rebus selama 7 minit.Keringkan telur dan kupas kulitnya.
2.Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan telur ke dalamnya dan biarkan api dalam keadaan sederhana.Apabila warna telur berubah menjadi keemasan, asingkan telur dari kuali.


Rabu, 11 April 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSAMA TELUR PUYUH




Assalamualaikum..
Menu simple je nie, tapi mabeless...jom makan...


SAMBAL  TUMIS IKAN BILIS BERSAMA PUYUH
Resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
  • 12 biji telur puyuh | direbus
  • 15gm ikan bilis | tumbuk sederhana jangan lumat
  • 3 tangkai cili besar/merah | tumbuk
  • 4 ulas bawang merah | tumbuk
  • 3 ulas bawang putih | tumbuk
  • 1 inci halia | tumbuk
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Cara Menyediakan:
Rebuskan telur puyuh | kupas kulitnya

Tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga naik bau dan naik minyak.

Curahkan bancuhan air asam jawa secukupnya.Biarkan tumisan mereneh sebentar.

Masukkan telur puyuh.Perasakan dengan garam dan gula.

Sedia untuk dihidangkan.





Rabu, 21 Mac 2012

TELUR MASAK SANTAN



Salam ...
Siaran yang tertunda, menu seminggu yang lalu kisahnye.Tak sempat nak update ari tu sebab balik kampung. saya padankan  Telur Masak Santan ni dengan Pulut Kuning.Untuk resepi telur ni saya gandakan bahannya dari resepi asal.



TELUR MASAK SANTAN
Resepi:majalah SEDAP

Bahan-bahan:
8 bii telur rebus | goreng berkulit
6 biji petai | belah 2 bahagian (saya tak letak)
1 helai daun salam
2cm lengkuas | diketuk
1 batang serai | diketuk
4 helai daun limau purut | buang tulangnya dan hiris
3 biji cili merah besar | potong 2 bahagian dan belah 2 bahagian memanjang
1/2 sudu makan gula merah
750ml santan daripada 1/2 biji kelapa
2 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup | bakar
3 biji buah keras | sangai
2 sudu besar kerisik (saya tambah item ini ke dalam resepi)

Cara membuatnya:
1.Tumis bahan kisar, daun salam, lengkuas, serai dan daun limau purut sehingga terbit aroma.Masukkan petai dan cili merah.Kacau sehingga layu.
2.Masukkan telur,garam dan gula merah.Kacau rata.
3.Masukkan santan dan kerisik.Masak sehingga matang dan menyerap.


Khamis, 26 Januari 2012

TELUR BUNGKUS



Assalamualaikum..
Hidangan ringkas untuk makan tengahari bersama anak-anak..Terima kasih buat Ayu yang sudi berkongsi resepi telur bungkus yang mudah ini.Saya telah olah cara penyediaannya mengikut cara saya sendiri.



TELUR BUNGKUS
Resepi:dari Rancangan TV
Sumber olahan:Ayu61279@myresipi.com
Diolah juga oleh:Rohaisha

Bahan-bahan: (2 orang)
100gm/ 2 keping daging burger | potong dadu
Mix Veggie (saya guna kacang peas, carrot & tomato) | potong dadu
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji bawang putih | potong dadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (saya guna kicap manis)
2 biji telur | pukul sedikit
Garam dan gula | secukup rasa
Lada sulah | secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan daging burger cincang, carrot, kacang peas dan gaul rata.Biarkan sebentar.
2.Masukkan potongan tomato,sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.Gaul sebati dan biarkan seketika agar empuk.
3.Masukkan garam,gula dan lada sulah secukupnya.
4.Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, tuangkan telur yang dipukul bersama sedikit garam atas kuali leper.Ratakan telur diseluruh kuali.
5.Letak tumisan daging cincang ditengah-tengah hamparan telur.Lipat telur tersebut dan letakkan piring di atasnya.Terlangkupkan kuali dan telur bungkus.
6.Hidangkan.

Rabu, 18 Januari 2012

TELUR KUKUS


Assalamualaikum...
Selamat malam untuk sahabat di luar sana...Semoga ada ketenangan dan kedamaian dalam diri anda semua.Sebenarnya dah kali kedua saya buat telur kukus ni..Kira menu simple je lah yang terhidang di atas meja makan saya hari ni..Ringkas je, sekejap je siap..



TELUR KUKUS
Sumber:Majalah RASA

Bahan-bahan:
5 biji telur

1 ulas bawang merah | hiris
1 biji tomato | potong dadu
1 tangkai daun bawang | hiris
Sedikit daun sup (saya tambahkan item ini)
1 tangkai cili merah | hiris
100 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:

1.Gaul kesemua bahan | kacau

2.Kukus 20 minit

 

Jumaat, 23 Disember 2011

TELUR BISTIK


Assalamualaikum...
Makan nasi panas2 dengan telur dadar pun dah cukup menyelerakan, walaupun tak bubuh bawang ke ape...sudah memadai!!.Inikan pula dapat rasa telur bistik yang agak special,, memang sedaplah...dapat colet2 telur tu ngan sosnya yang pekat tu...Saya tengok resepi telur bistik ni memang menggoda..Jumpa resepinya di dapur basah kak Ayu Jalinan Rasa...Resepi asal dari wafaalatiff...Memang sedap arrr..



TELUR BISTIK
Resepi:wafaalatiff @myresipi
Sumber:Ayu Jalinan Rasa

Bahan-bahan: (3-4 orang makan)

  • 3 biji telur (saiz sederhana) | bancuh
  • Daging/ ayam cincang secukupnya (saya guna daging burger)
  • Black peper secukupnya
  • 1 ulas bawang merah | tumbuk @ mayang halus
  • 1 ulas bawang putih | tumbuk @ mayang halus
  • 3 sudu sos tomato (saya guna tomato puree)
  • 3 sudu sos cili (saya guna sos cili bawang putih)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 biji tomato | potong dadu kecil-kecil
  • Mixed vigi (jika tiada boleh ganti dengan bunga kobis, carrot, apa-apa yang sesuai)
  • Gula dan garam

Cara -cara:
1.Bancuh telur dengan daging / ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu.Perasa dengan sedikit garam / gula.Goreng macam telur dadar.
2.Untuk kuah.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan semua bahan sos dan sayur.Perasakan dengan bahan perasa (gula , garam).
4.Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi.Siap untuk dihidang.