Memaparkan catatan dengan label Kad Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kad Ucapan. Papar semua catatan

Selasa, 18 Mac 2014

Terima Kasih Kakak...''AAMEEN..''

Terima kasih kakak Raudhah...
Masih ada yang mengingati dan mendoakan...alhamdulillah..
Cuma kali ni tiada kek yang terhidang dari air tangan ummi. Biasanya kakaklah orang yang paling excited suruh ummi buat kek, tak kira hari lahir sesiapa pun.
 Mungkin kakak memahami situasi sebenar kami semua.
''Sahabat2 semua, sentiasa doakan bonda saya sihat ye..''

Jumpa lagi.
'Aameen'....


Isnin, 9 September 2013

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN.....

gambar; google

Assalamualaikum...
Selamat menjalani peperiksaan dengan tenang buat anakanda Muhammad Irsyad dan semua calon2 UPSR 2013.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kalian...Semoga kejayaan menjadi milikmu nanti, amin.. 

sumber;shafiqolbu




Khamis, 22 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR dan BATIN

Assalamualaikum..
Salam lebaran buat semua..alhamdulillah bertemu lagi di bulan syawal yang barakah ini.Terlalu lama rasanya saya menyepi walau 2 minggu cuma, namun belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri.

Mengambil kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam lebaran, diiringi jutaan kemaafan buat rakan2 yang mengenali saya di Damai Qalbu atau walau di mana jua anda berada.Maaf dipinta jika ada keterlajuan bicara dan perlakuan yang kurang selesa selama kita berwasilah di sini..

Jumpa lagi...


Selasa, 9 Julai 2013

''AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...'' dan LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN

Assalamualaikum...
Salam ramadhan buat semua rakan-rakan maya yang dikasihi..
Mengambil kesempatan ini, mohon maaf di atas segala salah silap yang lalu sekiranya ada.Menjelangnya ketibaan ramadhan kali ini, berharap bertambahnya amal soleh sesama kita.Terbukanya pintu  rahmat seluas-luasnya oleh Rabbul Izzati, di mana dipenuhi oleh pahala2 jika kita berpeluang merebutnya, masyaAllah..Semoga Allah permudahkan urusan kita..Amin..

Lafaz Niat Puasa Ramadhan;
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013
Sumber; Khairul Azmi

Jumaat, 17 Ogos 2012

SALAM AIDIL FITRI, MINAL AIDIL WALFAIZIN

Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi..
Semoga rahmat Ilahi mengiringi kalian.
Sempena di bulan ramadhan al mubarak dan akan kunjung tiba Aidil Fitri tidak lama lagi, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.SALAM KEMAAFAN dari saya seandainya selama kita bersilaturrahim di sini, dan di mana jua berada, kemungkinan ada kekurangannya dari diri saya..
KERANA kekadang kita terlupa,
KERANA kekadang tak sengaja,
KERANA kekadang hati kita berkelumit bicara yang tak sepatutnya...
MAKA maafkanlah...
BERILAH ruang kemaafan itu sempena di bulan yang mulia ini.

"SEMOGA KITA DALAM RAHMAT ILAHI RABBUL IZZATI".
sekali lagi saya ucapkan:
"SELAMAT HARI RAYA serta MAAF ZAHIR & BATIN"
Terimalah dari saya seadanya..Wassalam.